Laman Utama
Lepas Buka Purdah, Inara Rusli Akui Air Wuduk & Solat Malam Buat Diri Jadi Cantik
Inara Rusli bukan siapa-siapa di Malaysia namun kisah malang dirinya dicurangi suami iaitu penyanyi Indonesia, Virgoun membuat nama wanita itu terkenal.
Satu hal lain yang membuat dirinya semakin popular adalah khalayak akhirnya dapat menatap wajah cantik yang selama ini ditutup dengan kain purdah.
Inara mengambil keputusan membuka purdah selepas proses perceraian berlangsung di mahkamah.
Selepas membuka purdah, kejelitaan semula jadi Inara menarik perhatian. Mata bundar, kulit putih bersih dengan senyuman menawan adalah tarikan wanita ini sehingga ramai yang tertanya-tanya mengenai rahsia atau tips kecantikan Inara.
“Apa tips Inara supaya tetap cantik. Cantiknya beraura gitu, saya perempuan juga bilang cantik sangat, jangan bilang air wudhu ya," tanya Marissya Icha saat berbual dengan Inara dalam saluran YouTube seperti dilaporkan Liputan6.
Akui Inara dia tidak pernah berlebihan hanya untuk mendapatkan wajah yang cantik. Namun dia mengatakan memang wajah cantiknya mungkin terpelihara kerana air wuduk dan rutin dirinya mendirikan solat pada waktu malam.
“Mungkin secara religinya mungkin ada sedikit banyak pengaruh dari air wuduk. Mungkin kerana saya juga rutin solat malam," jawab Inara.
Must-Watch Video