Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lepas Dapat Motor Baharu, Penghantar Makanan Bakal Didakwa Di Mahkamah

Izwan Isa
15/09/2023 02:50 MYT
Penghantar makanan yang viral baru-baru ini akibat motosikalnya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada Disember depan.

Memetik Kosmo! Online, Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, lelaki berusia 26 tahun itu diperintahkan hadir ke Mahkamah Majistret Seremban pada 18 Disember ini.

“Motosikalnya boleh diambil semula selepas fail siasatan dilengkapkan dan cukai jalan serta insurans diperbaharui.

“Dia ada didakwa di mahkamah atas kesalahan menunggang motosikal di atas jalan raya dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan polisi insurans tidak berkuatkuasa,” katanya.

Menerusi laporan media, pihak JPJ mengesahkan sitaan terhadap motosikal milik penghantar makanan tersebut berikutan LKM kenderaan itu telah tamat tempoh sejak Februari lalu dan tiada insurans.

Tindakan menyita motosikal dilakukan JPJ atas tujuan menjaga keselamatan penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans.

Kisah rider tersebut, Muhammad Shahrul Shah, 26, mendapat perhatian selepas gambar dan videonya berjalan sambil menggalas beg makanan selepas motosikalnya dikatakan disita dalam satu sekatan jalan raya oleh JPJ Negeri Sembilan di Jalan Persiaran Negeri, Nilai viral pada 12 September lalu.

Selebriti, Aisar Khaled turut simpati dengan nasib yang dialami oleh Shahrul dan membelikan sebuah motosikal baharu buatnya. Namun, tindakan Aisar menerima kritikan ramai kerana Aisar dianggap menambah ‘beban’ terhadap lelaki itu yang kini terpaksa menanggung pembayaran LKM dan insurans untuk dua kenderaan.

Sumber: Kosmo! Online

BACA: Achey Nak Bantu Rider Dapatkan Semula Motosikal Yang Disita - “Jangan Sampai Keluar Duit Sendiri”​

BACA: Belikan Motor Lebih Mahal Untuk Abang Rider, Aisar Khaled Teruk Dikecam Netizen​

#JPJ #Motosikal #Rider
;