Jika ditanya apakah perkara paling dirindui sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasti antaranya adalah menonton wayang.

Lebih dua bulan rasanya, rakyat Malaysia tidak keluar menghabiskan masa menonton wayang.

Namun, adakah anda benar-benar mahu menonton wayang jika dibenarkan tidak lama lagi?

Laman sesawang, Cinema Online telah melakukan satu kaji selidik sama ada rakyat Malaysia mahu kembali menonton wayang sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dimansuhkan.

Jadi apa keputusannya?

Lebih separuh individu yang disoal memilih untuk kembali ke panggung wayang sebaik saja ia dibuka kelak. Jumlah yang lebih tepat adalah sebanyak 52.94 peratus!

Selain itu, sebanyak 30 peratus daripada kaji selidik itu memberitahu mereka sanggup sama ada menjadi yang pertama membeli tiket wayang.

Untuk makluman, kaji selidik ini dilakukan lebih 800 individiu daripada umur 15 hingga 60 tahun dan kebanyakan dibuat di kawasan Lembah Klang iaitu sebanyak 66.45 peratus.

Selain itu, kebanyakan mereka juga lebih memilih untuk menonton wayang secara berseorangan daripada berteman.

Namun, tidak kurang juga yang mahu menonton bersama keluarga.

Untuk rekod, terdapat beberapa filem yang dijangka ditayangkan bermula Julai ini dan antaranya adalah filem seram Salina lakonan Pekin Ibrahim dan Mona Allen.

Selain itu, Mulan, Tenet dan satu lagi filem francais terbaru The Purge juga bakal ditayangkan pada Julai.