HIBURAN
Lepas Jeruk & Beg, Kini Jual Pengupas Jagung Pula, Netizen Cadang Aliff Syukri Buka Mall Sendiri
Belum habis dengan jualan jeruk, sabun, dan beg tangan, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil mempromosikan produk terbaharu jualannya iaitu alat pengupas jagung.
Menerusi sebuah video di TikTok, Aliff dilihat bersemangat menunjukkan cara menggunakan alat tersebut sambil mengajak pengikutnya mencuba produk berkenaan.
Namun, apa yang lebih mencuit hati adalah reaksi netizen yang kini menyarankan agar dirinya membuka pusat beli-belah sendiri berikutan pelbagai jenis produk yang diusahakan selama ini.
undefined
“Buka mall jelah Dato.
“Aku rasa tak lama lagi dia buka kedai macam DIY.
“Dato ni umpama kedai eco, ada ja idea barang-barang keluaran dia.
“Pengupas jagung pulak, ada jer idea Dato ni,” komen beberapa netizen.
Untuk rekod, Aliff sebelum ini pernah menjual pelbagai jenis produk dari makanan seperti jeruk, sehinggalah ke produk kecantikan, fesyen dan keperluan rumah tangga.