Setiap perkara terjadi atau dilakukan pasti ada asbab terselindung. Benar hal itu sendiri diakui sendiri orang kuat jenama perniagaan, Mom's House, Hilmi Hamid.
Mendaftar jenama itu di bawah syarikat Faby Famy Sdn Bhd beribu pejabat di Shah Alam sejak 21 September 2015, Hilmi bersama isteri tercinta percaya setiap usaha dan punca rezeki dilorongkan Tuhan ada berkat tersendiri.
Percaturan Hilmi dan isterinya yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang kejuruteraan tetapi memilih untuk ke dunia niaga turut menterjemahkan rasa yang tidak dapat diungkap dengan kata kata.
Jenama yang khusus menjual produk berkaitan keperluan bakal ibu dan anak itu kini menjadi pusat sehenti atau one stop centre sama ada melalui stor fizikal atau dalam talian yang sangat praktikal kepada pengguna.
Kata Hilmi, dia asalnya memulakan kerjaya sebagai jurutera di sebuah syarikat terkenal. Bagaimanapun tujuh tahun selepas itu dia memilih untuk membantu sepenuh masa perniagaan Mom's House bersama isteri.
"Ikutkan masa bekerja sebagai jurutera lagi, saya akan membantu perniagaan diusahakan isteri secara sambilan. Awalnya isteri menjual produk kesuburan dalam usaha mendapatkan cahaya mata.
"Perkahwinan kami pun tidak dikurniakan anak dengan segera. Hanya selepas empat tahun kahwin dan asbab menjual produk kesuburan, Tuhan kurniakan rezeki anak. Kini kami sudah ada dua anak," katanya.
Hal sama juga berlaku kepada permulaan penerokaan Hilmi dan isterinya terhadap dunia perniagaan produk ibu dan anak itu.
"Sebelum dan selepas dikurniakan cahaya mata, saya dan isteri juga melalui fasa sama seperti ibu bapa yang lain. Jadi kami memahami kesukaran dirasa dan tahu apa yang diinginkan golongan ibu bapa.
"Kadang sukar mendapatkan produk ibu dan anak di satu tempat sama. Jadi daripada situ, kami memikirkan untuk bina perniagaan pusat sehenti yang menjual keperluan ibu dan anak. Maka lahirlah Mom's House.
"Penyertaan minit akhir di sebuah ekspo bayi di Putrajaya juga banyak meyakinkan kami untuk merealisasikan perniagaan berkenaan. Selama tiga hari di eskpo itu jadi tempoh terbaik saya dan isteri kutip dan belajar ilmu niaga," katanya.
Kini selepas tujuh tahun, legasi perniagaan berkenaan terus berkembang hingga memiliki tiga stor fizikal di Shah Alam, Putrajaya dan beberapa cawangan di Bangi, Teluk Intan Perak dan Sabah.
"Selain itu kami juga fokus kepada dalam talian termasuk platform beli belah 'online' Shopee. Insya-Allah dengan kepesatan ruang niaga dalam talian dan stor fizikal, kami sasar jualan 3 juta tahun ini.
“Di Sabah sendiri kami ada dua cawangan. Yang pertama dibuka di Tawau. Yang kedua dibuka baru baru ini di Lahad Datu. Kami juga anjur tawaran istimewa bersempena pelancaran laman sesawang www.momshousehq.com/launching-promo," katanya.
Perniagaan ini asalnya memberi tumpuan lebih kepada produk bayi. Bagaimanapun selepas satu tempoh waktu, Hilmi dan isteri mengimbangi produk untuk ibu dan anak secara sama rata.
Malah jenama ini pernah diiktiraf majalah Pa & Ma dan boleh dirujuk menerusi pautan https://fb.watch/bbw2q7m09S/
"Rupa rupanya keperluan produk bakal ibu lebih banyak permintaan. Selain Mom's House, di bawah syarikat kami juga diterbitkan produk Seri Mama, Chu Chu, Bainrboo dan LaBoo. Tak ketinggalan jenama luar terpilih turut dijual di stor fizikal dan cawangan.
"Misi dan visi kami sendiri nak bantu bakal ibu dan bapa dalam menyediakan keperluan menyambut anak mereka. Juga ibu bapa bekerjaya. Anggaplah berkunjung ke Mom's House seperti ke rumah mak sendiri untuk mendapatkan nasihat berguna menjadi ibu bapa terbaik," katanya.
Amri Hassan
Fri Feb 25 2022
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.
Kangen Band & Bagindas X Dj Rycko Ria Bergabung Dalam Konsert Berjudul C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur
Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?
Sarah Yasmine tidak takut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies atas dakwaan fitnah menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff Aziz.
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries