Pelakon Shakilla Khoriri mendedahkan perancangan awal bersama suami, penyampai radio Fizi Ali selepas kahwin adalah ingin berbulan madu selama setahun sebelum merancang untuk mendapat cahaya mata.

Namun begitu, Shakilla menyatakan kehendak dan rezeki Allah yang lebih baik telah diberi daripada apa yang dia rancangkan.

"Tahun lepas baru merasa sambut puasa dan raya jadi isteri orang.

"Eh...tahun ni dah bertiga.

"To be honest, lepas kahwin memang kitaorang plan nak dating puas-puas setahun then baru plan nak baby.

"Tapi kehendak dan rezeki Allah tak siapa boleh jangka.

"Rupanya peraturan Allah lebih baik dari aku rancang. Syukur," tulisnya.

Tambah Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri berkata bulan Ramadan kali ini penuh dugaan dan cabaran dengan kehadiran anaknya, Ameena Sofia.

"Lagi berapa hari nak Ramadan. Excited.

"Tapi aku tahu akan penuh dugaan dan cabaran dengan Ameena.

"Aku harap Ameena jadi good girl nanti kalau tak mau aku telan dia.

"Anyway kita sama-sama bersihkan hati, maafkan semua orang.

"Cuci hati sebersihnya. Lihat kesalahan sendiri, perbetulkan.

"Aku tidak lah nak mengajar cuma kita sama-sama lah buat untuk kebaikan diri sendiri," tulisnya lagi.

Shakilla dan Fizi Ali berkahwin pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata Ameena Sofia pada 14 Mac lalu.

#?• . Tahun lepas baru merasa sambut puasa dan raya jadi isteri orang. . Eh....tahun ni dah bertiga. ? . To be honest, lepas kawin memang kitaorang plan nak dating puas2 setahun than baru plan nak baby. . Tapi kehendak dan rezeki Allah tak siapa boleh jangka. Rupanya peraturan Allah lebih baik dari aku rancang.SYUKUR. . . Lagi berapa hari nak Ramadan. Excited. Tapi aku tahu akan penuh dugaan dan cabaran dengan Ameena. ? Aku harap Ameena jadi good girl nanti kalau tak mau aku telan dia ? . . Anyway kita sama2 bersihkan hati, maafkan semua orang. Cuci hati sebersihnya. Lihat kesalahan sendiri, perbetulkan. Aku tidak lah nak mengajar cuma kita sama2 lah buat untuk kebaikan diri sendiri.

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on