“Lepas Ni Bolehlah Masak Untuk Aku” - Nadzmi Adhwa Beli Rumah, Jadi Jiran Ardell Aryana

Mya Amri
Julai 25, 2019 11:15 MYT
Pelakon Nadzmi Adhwa menyatakan rasa syukur kerana impiannya untuk memiliki rumah tercapai.
Adhwa berkongsi berita gembira itu menerusi kemas kini terbaru diakaun Instagramnya semalam.
Menariknya lagi, bekas bintang Muzikal Lawak Superstar ini juga memberitahu lokasi rumahnya berdekatan dengan kediaman pelakon Ardell Aryana.
“Alhamdulillah. Mak dan abah terima kasih sentiasa doakan angah. Salah satu impian saya nak memiliki landed house tercapai.
“Hari tu teman @ardellaryana je beli rumah, hari ini saya pulak. Weh kita berjiran weh! Syukur. Lepas ni kita jiran taman sebelah bolehlah kau masakkan untuk aku.
“Maklumlah single. Bila kita nak double? Hehe. Thank you banyak bantu aku from nothing to a little something.
“Dari kita susah ada tiga ringgit je nak makan. Orang tak panggil berlakon dan macam-macam la dugaan.
“Thanks @ardellaryana. Kita tak kaya, kita biasa biasa je. We grew together. Insya-Allah!” tulisnya
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada Adhwa.
“Alhamdulillah, syukur best dah ada harta dunia untuk keluarga… Moga sentiasa diberkati dirahmati Allah,” komen @sis_faraleta
“Tahniah cantik rumah. Alhamdulillah, mampu miliki rumah di usia muda,” puji @ismailmuhammad77
Terdahulu, Adhwa dan Ardell mula berkawan rapat sejak pelakon wanita itu dikatakan menghidap penyakit kanser tahun lalu.
#Ardell Aryana #Nadzmi Adhwa