"Lepas Ni Lagi Rajinlah Saya Masak" - Wah! Isteri Achey Dapat Thermomix Sebagai Hadiah Birthday

Syafiqah Jalal
April 22, 2020 07:03 MYT
Isteri kepada pelawak Achey Bocey, Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah Yahaya, teruja apabila suaminya menghadiahkan alat multi fungsi memasak, Thermomix yang terbaharu.
Anne dengan berseloroh memberitahu dengan alat yang mula tular di Malaysia beberapa minggu lalu itu dia akan lebih rajin memasak.
“Alhamdulillah di hari lahirku hari ni,engkau panjangkan umurku dan beri kesihatan buat diriku, serta engkau hadirkan orang-orang yang terindah dalam hidupku dalam susah atau pun senang..Alhamdulillah aku bersyukur kepada Mu.
“Terima kasih pada ibuku yang melahirkan aku ke dunia ni,menjaga dari kecil sehingga la besar, jasa mu akan kukenang sampai mati....
“Terima kasih juga buat suamiku tercinta, bagi hadiah (Thermomix) birthday tahun ni. Lepas ni lagi rajin la saya masak. Saya sayang awak semua...”tulisnya.
Anne berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama Achey dan hadiah tersebut.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata teruja melihat hadiah yang diterima.
“Lepas ni boleh lah main masak-masak.
“Selamat hari lahir…wah dapat dapur moden.
“Wah untunglah dapat hadiah tu,” komen antara peminatnya.
Tak kurang juga ramai yan mengucapkan hari lahir kepadanya.
Anne mendirikan rumah tangga dengan Achey sejak sembilan tahun lalu mempunyai seorang anak angkat Tiara Zinnirah yang berusia dua tahun.
#Birthday #Achey #Hadiah #Thermomix