Berita
“Lepas Ni Mesti Lupa Umi & Daddy...”- Shakilla Khoriri Sebak Anak Dah Boleh Berjalan
Pelakon Shakilla Khoriri terharu akhirnya puterinya, Ameena Sofia berusia setahun sudah pandai berjalan.
Meihat perkembangan anaknya itu Shakilla merasa seperti cepat masa berlalu.
“Lepas ni mesti lupa Umi & Daddy kan? Dah tak selalu nak manja-manja dengan kitaorang.
“Sebab....Dah boleh jalan. Boleh main dengan kawan. Hmmm....
“Tak apa lah Umi & Daddy happy for you Tuan Puti sayang,” tulisnya.
Isteri kepada penyampi radio Fizi Ali itu berkongsi perkata tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik video anaknya yang sudah mula berjalan.
Rata-rata pengikutnya gembira dengan perkembangan anaknya dan mengucapkan tahniah.
Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan cahaya mata pada 14 Mac 2019.