Pelakon Emma Maembong enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan yang mengatakan dia kini hamil anak kedua.

Ibu kepada Shariq Gabriel itu berkata, dia akan berkongsi khabar angin mengenai kehamilannya jika perkara itu benar-benar terjadi.

“Saya tak nak cakap apa-apa… sebab saya dan suami pun masih mencuba. Kalau saya kata ya, tapi tidak ada (hamil), saya akan sakit. Sama juga kalau saya kata tak ada, kemudian tiba-tiba ada (hamil), saya happy dan tak semua orang akan gembira tengok kita happy.

“Hal zuriat ni merupakan satu hal yang sensitif. Saya memang mengharap sangat,” katanya kepada Gempak.

Emma berkata demikian pada majlis sidang media The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3) yang berlangsung di ibu kota pada Selasa.

Dalam pada itu, Emma menjelaskan yang dia dan suami, Muhammad Shazli Azhar tidak pernah merancang jarak usia anak-anak jika suatu hari nanti mereka dikurniakan lebih daripada seorang cahaya mata.

“Dari dulu… dari zaman bujang sampailah ada suami, memang saya nak anak ramai. Setengah orang nak satu, dua tapi tidak bagi kami. Lepas pantang je saya dah cuba dah, let’s go team bola!

“Tapi Allah Maha Besar… anak pun dah berusia dua tahun. Selagi belum ada, saya tak nak cakap apa-apa,” luah Emma yang turut mengakui sunyi tinggal bersama suami dan seorang anak memandangkan dia sendiri mendewasa dalam satu keluarga yang besar.

Dalam perkembangan lain, Emma bakal mengisi kerusi penjurian TMSMY3 bersama Zul Ariffin, Sharnaaz, Ella, Elly Mazlein, Didie Alias, Shuib Sepahtu dan Atu Zero yang dijadualkan bersiaran pada 23 Disember depan di Astro Warna.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!