Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lepas PM Sebut, Lagu Jange Kelik Laa Weii Ditonton Hampir 300 Ribu Kali! Fuhhh…Naik 5 Kali Ganda Dalam Masa Sehari!

Fiza Kamarudin
11/05/2020 13:10 MYT
Selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta supaya stesen radio tanah air memainkan lagu Jange Kelik La Weii dalam pengumumannya semalam, lagu ciptaan composer Eddie Hamid itu mencatat jumlah tontonan lima kali ganda dalam masa sehari.

Bermula dengan hanya 37,000 tontonan sebelum pengumuman PM pada jam 2 petang semalam (Ahad), lagu tersebut telah mencatat 284,861 tontonan sehingga artikel ini ditulis .

Eddie Hamid ketika dihubungi Gempak berkata, dia tidak menyangka lagu nyanyiannya bersama Aris Kapilla dan Mas Khan disebut PM.

“Ia akan menjadi kenangan terindah buat diri saya dan ini kejutan paling bermakna yang tidak akan saya lupakan.

“Lagu ini adalah hasil kerjasama sahabat-sahabat saya Aris Kapilla dan Mas Khan termasuk Zulkiffli M Ali yang bergabung untuk penulisan lirik yang menarik.

“Saya sebenarnya masih berdebar menantikan samada lagu ini akan dimainkan oleh stesen-stesen radio atau pun tidak.

“Saya harap lagu ini akan mendapat tempat di hati peminat kerana lagu ini bukan ‘kosong’ tetapi mesej yang hendak disampaikan itu sangat bersesuaian dengan situasi sekarang.

“Mungkin dengan lagu ini, masyarakat akan sentiasa beringat dan patuh pada arahan kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijalankan,” katanya.

Dalam pada itu Eddie sempat memberitah dia sudah dua bulan terkandas di negeri kelahirannya, Kelantan kerana PKP.

"Saya harap pendengar Jange Kelik Laa Weii menyokong saranan kerajaan supaya tidak balik ke kampung meraikan Aidilfitri kali ini.

"Tidak salah kita berkorban untuk diri sendiri dan kebaikan semua demi menyekat penularan pandemik COVID-19,” katanya.

[[BACA: Kalau Dulu ‘Kelik Laa Weii’, Tapi Sebab PKP Tukar Jadi ‘Jange Kelik Laa Weii’ – Lagu Raya Versi Kelantan Curi Perhatian Pendengar!]]

#Eddie Hamid #Jange Kelik Laa Weii
;