“Lepas Pukul 6, Semua Balik!” - Mahu Pekerja Balik On Time, Ramai Puji AC Mizal Jadi Boss! Siap Tanya Ada Kerja Kosong Tak

Mya Amri
Oktober 22, 2022 06:30 MYT

Pelakon dan pengacara, Datuk AC Mizal menjadi perhatian netizen selepas video yang merakamkan dirinya menyuruh para pekerja balik tepat pada waktunya.

Difahamkan video yang tular di media sosial itu dirakamkan oleh salah seorang pekerjanya.

Video itu kemudiannya dikongsi kembali menerusi akaun Instagram AC dan juga isterinya, Datin Emylia Rosnaida.

“Ramai orang tag, rupa-rupanya staff muat naik video ini,” tulisnya.

Video tersebut merakamkan AC yang sedang menyuruh para pekerjanya pulang dan menutup segala kemudahan di pejabat.

“Pukul 6 kan waktu pejabat habis, tutup wifi, aircond semua. Lepas pukul 6 semua pakai kipas.

“Pukul 6 je semua balik, balik, balik! Semua balik sekarang. Pukul 6.05 petang, satu lif je buka eh,” katanya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji AC kerana tidak mempraktikkan budaya kerja lebih masa di syarikat stesen televisyen miliknya, SUKE TV.

Selain itu, netizen juga berterima kasih kepada AC kerana menitikberatkan soal produktiviti pekerja.

“Memang betul rupanya pukul 6 semua pekerja kena balik hahah, hari itu dalam kelas datuk ada kongsi, ingatkan main-main,” tulis seorang netizen.

“Nampak lawak tapi inilah the best bost ever tau! Tak bagi stay sampai nak tutup semua,” puji seorang netizen.

“Kalau boss baik dan sempoi macam ni, lagi malas nak balik rumah. Nak lepak office lama-lama,” komen seorang lagi netizen.

Jangan lupa undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

#Datuk AC Mizal #Kerja #Balik Kerja On Time #SUKE TV