HIBURAN
Lepas Pulih Daripada Gastrik, Wawa Zainal Risau Lihat Anak Pula Sesak Nafas - “Saya Tak Pasti Adakah Ini…”
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal menzahirkan kerisauan terhadap keadaan kesihatan anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa yang mengalami sesak nafas.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Wawa meluahkan kebimbangan apabila Hayla mengadu sukar bernafas walaupun tidak mempunyai masalah kahak atau selesema.
“Kesian anak mama, tak ada kahak pun tapi sesak nafas. Dia kata susah nak bernafas. Saya pun tak pasti adakah ini yang dinamakan ‘ain’? NauzubillahMinzalik. Saya minta maaf dan ampun sangat-sangat kalau kehadiran kek batik Hayla membuat sesetengah pihak kurang senang.
“Alhamdulillah saya dah pulih selepas kena gastrik teruk kelmarin tapi Hayla pula ganti sesak nafas. Korang ada tak amalan untuk menghindarkan penyakit Ain?” katanya.
Dalam masa sama, Wawa atau nama lengkapnya Nur Hawa Zainal Abidin turut menyatakan kerisauan sekiranya ada pihak mempunyai rasa iri hati terhadap keluarganya.
Namun sebagai peniaga, dia harus aktif mempromosikan produk di media sosial walaupun sedar ia mendedahkan dirinya serta keluarga
“Jangan cakap posting apa-apa, sebagai pemilik perniagaan kami la muka hadapan yang kena promot bisnes kami. Kalau diberi pilihan tak posting apa-apa saya nak.
“Tak perlu socmed pun tak apa. Tapi apakan daya, siapa lagi nak promot jualan kita kalau bukan saya sendiri,” tambahnya.
Must-Watch Video