Lepas Rasa Bersalah Tikam Teman Wanita Berkali-Kali, Pemuda Hantar Kekasih Pulang Ke Pejabat
Izwan Isa
Julai 13, 2023 00:50 MYT
Julai 13, 2023 00:50 MYT
Seorang wanita di Kabuputen Asahan, Sumatera Utara, Indonesia mengalami 16 luka tikaman selepas dicederakan oleh teman lelakinya sendiri di dalam sebuah kereta.
Begitupun, ketika kejadian, teman lelakinya yang menyerang wanita terbabit secara bertubi-tubi tiba-tiba dibelenggu rasa kasihan selepas melihat mangsa tidak lagi bermaya.
Justeru, lelaki berkenaan meminta maaf kepada kekasihnya sebelum menghantar wanita berkenaan pulang ke pejabat.
Memetik DetikSumut, Ketua Satreskrim Polis Asahan, Iptu Arbin Rambe berkata, wanita berkenaan pada awalnya mendakwa dia mengalami luka tikaman akibat dirompak.
"Jadi pada awalnya kami menerima laporan daripada penduduk yang menyatakan mangsa dirompak di kawasan Terminal Kisaran pada Ahad petang.
“Setelah diperiksa ternyata mangsa mengaku ditikam oleh teman lelaki," katanya.
Arbin Rambe menjelaskan, selepas kejadian, mangsa segera dimasukkan ke hospital akibat menerima 16 tikaman di perut dan tangan.
“Ketika kita sedang mengumpul maklumat daripada mangsa, apabila si pelaku emosi menikam mangsa berkali-kali dan tiba-tiba pelaku menahan diri, mungkin dia sudah sedar, malah dia meminta maaf dan membawa mangsa ke tempat kerjanya serta meminta mangsa berbohong sekiranya ada yang bertanya sama ada dia berdarah. Darah itu kerana telah dicacatkan," katanya.
Pelaku kemudian ditahan pada keesokan harinya dan dibawa ke Balai Polis Asahan. Polis turut mengambil bahagian dalam mendapatkan bukti pisau dan kereta yang digunakan suspek ketika kejadian.
Di balai polis, menurut pengakuan pelaku, dia tergamak hati mencederakan teman wanitanya kerana berasa jengkel mangsa asyik meminta wang kepadanya.
"Puncanya kerana meminta duit. Tetapi kami masih menyiasat kenyataan mangsa ini kerana mangsa masih dalam keadaan terkejut dan sedang dirawat, jadi kami tidak dapat memberikan keterangan lengkap," kata Arbin Rambe.
Sumber: DetikSumut