Lepas Rihanna, Katy Perry Buat Persembahan Di Pra Perkahwinan Ke-2 Anak Individu Terkaya Asia
Maliah Surip
01/06/2024 14:55 MYT
01/06/2024 14:55 MYT
Anant Ambani, 28, hanya akan berkahwin dengan kekasih, Radhika Merchant, 29, pada 12 Julai 2024.
Namun sejak Mac tahun ini, anak bongsu individu terkaya Asia bernama Mukesh Ambani sudah pun diraikan dengan siri majlis mewah yang disertai oleh figura dan tokoh dari seluruh dunia.
Majlis pra perkahwinan kedua pasangan tersebut diadakan di atas kapal mewah selama empat hari dengan pelayaran bermula dari Palermo di Itali menuju Selatan Perancis dan berpatah balik, lapor Time of India.
Selain Perry dan Rihanna, Ambani juga pernah menerbangkan Beyonce membuat persembahan di salah satu majlis perkahwinan anaknya pada tahun 2018.
Ketiga-tiga penyanyi terkenal itu dipercayai menerima bayaran sehingga puluhan juta ringgit untuk persembahan eksklusif dan tertutup yang dibuat.
Namun sejak Mac tahun ini, anak bongsu individu terkaya Asia bernama Mukesh Ambani sudah pun diraikan dengan siri majlis mewah yang disertai oleh figura dan tokoh dari seluruh dunia.
BERITA TRENDING: Rihanna Dibayar RM38 Juta Hiburkan Tetamu Pra Perkahwinan Individu Terkaya India
Jika pada Mac Rihanna dijemput menghiburkan tetamu pada majlis pra perkahwinan pertama, kini giliran Katy Perry membuat persembahan kepada jemputan pada acara pra perkahwinan kedua yang serba mewah.Majlis pra perkahwinan kedua pasangan tersebut diadakan di atas kapal mewah selama empat hari dengan pelayaran bermula dari Palermo di Itali menuju Selatan Perancis dan berpatah balik, lapor Time of India.
Perry pula menghiburkan 800 tetamu termasuk bintang terkenal Bollywood seperti Ranveer Singh, Ranbir Kapoor, Alia Bhatt, Ananya Panday, Sidharth Malhotra, Kiara Advani, Sara Ali Khan, Ibrahim Ali Khan, Janhvi Kapoor, dan Karisma Kapoor yang dibawa dalam pelayaran tersebut saat berlabuh di Cannes.
Fireworks
Meski tetamu dilarang merakam sebarang gambar dan video, satu video Perry sedang mendendangkan lagu Fireworks yang dipercayai dirakamkan pada majlis tersebut telah tersebar di platform X.Selain Perry dan Rihanna, Ambani juga pernah menerbangkan Beyonce membuat persembahan di salah satu majlis perkahwinan anaknya pada tahun 2018.
Ketiga-tiga penyanyi terkenal itu dipercayai menerima bayaran sehingga puluhan juta ringgit untuk persembahan eksklusif dan tertutup yang dibuat.