Peminat pelakon dan pelawak Fikry Ibrahim teruja apabila jejaka itu memuat naik foto dengan aktres Farah Nabila.

Fikry memuat naik foto terbabit di salah sebuah entri terbaru menerusi laman Instagram miliknya.

We’re back! Double the trouble double the fun! #raya

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim) on


"We’re back! Double the trouble double the fun! #raya," tulis Fikry.

Difahamkan, Fikry dan Farah bakal menjalani penggambaran drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek istimewa sempena sambutan Hari Raya nanti.

Rata-rata peminat teruja dengan gandingan mereka dan tak sabar menantikan Cik Reen Encik Ngok Ngek versi Hari Raya.

Malah, ada juga peminat yang menggelarkan mereka pasangan LGBT yang membawa maksud 'laki gelap, bini terang'.





Sebelum ini, drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek pernah disiarkan di slot Megadrama di Astro Ria.