China merupakan negara yang terawal berlakunya penyebaran COVID-19 selepas virus itu mula dikesan di Wuhan.

Namun di sebalik itu, China juga merupakan terawal melakukan 'lockdown' selama sebulan.

Sejurus selepas itu, lockdown ditamatkan dan penduduk China dilihat boleh menarik nafas lega apabila tiada kes postifi dilaporkan.

Namun, berita gembira itu tidak kekal lama apabila China kembali diserang dengan wabak tersebut.

Menerusi laporan Fortune, sebanyak lima kes telah direkodkan.

Biarpun tidak membabitkan kematian, wabak berkenaan dibimbangi telah bermutasi.

Difahamkan, penyakit itu tidak lagi dijangkati sesama manusia sebaliknya ia kini mampu merebak melalui haiwan yang mempunyai penyakit.

Kes berkenaan sekaligus menjadikan jumlah mutasi wabak ini kepada tujuh jenis setakat ini.

Sehubungan itu China dikatakan telah memilih untuk menjalankan lockdown di wilayah Jilin yang menempatkan lebih 100 juta penduduk setelah dilabel zon merah.

Sumber: The Fortune