HIBURAN

Lepas Subang, Rantai Bella Astilah Pula Jadi Perhatian Netizen - “Sella Sastilah Ke…”

Asyraf Roslan 05/08/2025 | 00:34 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas memuat naik sebuah video ringkas bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astilah.


Namun begitu, tumpuan netizen bukan tertumpu kepada kandungan video berdurasi 10 saat itu, sebaliknya pada rantai yang dipakai oleh Bella.


Menerusi video tersebut, Bella tampil anggun mengenakan busana putih yang dilengkapkan dengan seutas rantai berloket huruf ‘S’.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat teruja dan terhibur dengan simbolik rantai tersebut yang dikaitkan dengan nama Syed Saddiq.

“YB walaupun video ni 10 saat ja, kami boleh kasih jadi 120 minit.

“Rantai dia huruf S la weh.

“Rantai S lah.

“Alololo, rantai dia huruf S comel.

“Sella Sastilah ke tu.

“Kahwin cepat please,” komen netizen.

Terdahulu, Bella Astillah turut mencuri perhatian ramai semasa menghadiri sebuah acara pelancaran jenama jam tangan mewah.


Ketika itu, bukan sahaja penampilannya yang memukau, tetapi juga aksesori berupa subang bertatahkan huruf ‘SS’ yang jelas kelihatan, turut menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.

#Syed Saddiq #Wanie Kayrie #Rantai #Subang