Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Lepas Sujud Tak Boleh Bangun" - Tulang Rawan Koyak, Tempurung Lutut Fazley Yaakob Cedera

Amri Hassan
07/08/2020 04:53 MYT
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob kini terpaksa bertongkat ekoran kecederaan pada bahagian lutut selepas melakukan aktiviti mendaki bukit minggu lalu.

Jelas Fazley, tempurung lututnya mengalami keretakan dan tulang rawan pada bahagian terbabit koyak.

"Saya tak sedar selepas empat jam hiking, apabila balik solat saya tak boleh bangun semasa sujud. Ketika itu rasa macam ada yang tak kena.

"Tetapi keesokannya saya masih berjogging sejauh 10 kilometer selama lima hari berturut-turut tanpa masalah.

"Pada hari keenam lutut saya bengkak dan isteri menyuruh saya ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

"Ketika itu barulah saya tahu tulang rawan koyak dan depan tempurung lutut saya retak sedikit. Bermakna saya cedera tanpa saya tahu," katanya kepada Gempak.

Tambah pelantun lagu Cerita Asmara itu lagi, kecederaan terbabit normal bagi individu yang aktif bersukan dan mendaki.

"Pada rawatan pertama, doktor menyedut keluar darah pada bahagian yang cedera itu dan menggantikannya dengan gel untuk surutkan bengkak.

"Kemudiannya, saya perlu menjalani terapi sebanyak tiga kali seminggu selain rawatan inframerah dan urutan.

"Kata doktor saya tak perlu risau dan harap tiada pembedahan," kata Fazley lagi.

Last week saya pergi hiking.. lepas tu saya ada rasa sengal sikit lutut kanan ni. Sampai solat pun dah beberapa hari solat duduk. Tapi tiap2 hari saya tetap pergi jogging 8-10km. Isteri saya @azrene_ahmad dan ibu saya @rsd.umi dah banyak hari tegur “Kaki sakit tak perlu lah jogging!” Tapi saya tetap gagahkan jugak. Akhirnya hari ni kecundang! #kneeCartilage Injury with chipped knee cap! Aduhhhh! 3 minggu kena rehat! Camno ni?! Tadi doctor siap masukkan jarum besar celah2 kepala lutut dengan tulang lutut untuk keluarkan cecair, then dia cucuk balik masukkan gel.. bayangkan macam mana ngilu dan sakitnya rasa ???

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on


Fazley yang ditemui pada majlis pelancaran kempen Your Berry Best Friend bagi mempromosikan buah beri biru US Highbush Blueberry di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Pada majlis berkenaan juga, Fazley hadir bersama tongkat dan ditemani beberapa pembantu.

"Berjalan tiada masalah cuma sedikit sukar untuk naik turun tangga.

"Doktor menasihati saya untuk tidak berjogging atau bermain badminton sekurang-kurangnya tiga minggu.

"Jadi, rasa 'patah kaki' jugalah," ujarnya.
#Fazley Yaakob #Hiking #Lutut Cedera
;