"Lepas Tengok Nak Tidur Malam Pun Tak Boleh" - Seram Betul Penangan Filem Pusaka!

Kamaruddin Razal
November 6, 2019 13:03 MYT
Filem Pusaka semakin mendapat tempat di hati peminat filem tempatan!
Semakin ramai peminat memberikan respon positif terhadap filem ini semenjak ia ditayangkan bermula 31 Oktober lalu.
Filem ini juga meraih kutipan sebanyak RM2 juta dalam masa empat hari tayangan!
Lebih manis, filem ini juga berada di kedudukan pertama carta Top 10 Movies @ GSC menewaskan filem-filem Hollywood lain!
Menerusi pemerhatian Gempak di laman Twitter, filem ini memberikan impak tersendiri kepada penonton, malah, ada yang sukar tidur selepas menontonnya!

Jenuh aku nak tidur , siap pasang ayat quran , pastu amek wuduk . Serius aku terbayang bayang cerita #PUSAKA tu ?

— IG : najiehahaha (@najiehahahaha) November 6, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Lepas tengok cerita pusaka nak tido malam pun tak boleh ? seram njir

— perempuan hensem (@ajiyaaaa_) November 6, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Done tengok #pusaka sampai dua kali!!! Padu wehhh.. Sampai marka kami tak jadi nak tido. Hat tu moment plg piawww habaq hgpaa.. Mgkn repeat kali ke-3!

— husna ali (@UnaAli) November 2, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Uwargh tak cukup tido. Tula melepak sampai 1pg.. Balik tido 2pg tu pun baru dua jam dah terjaga mimpi ? Penangan #Pusaka

— Murni Yusoff (@itiunie) November 1, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Takleh move on lagi lepas tengok cerita pusaka. aku dah la tidur sorang start harini sampai lusa. jangan buat hal please?

— Syira (@syirasbri) November 6, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Aku tak boleh tidur wehh mlm tadi disbbkan terbayang bayang cerita #PUSAKA . Aku pejam je mata sbb takut nak buka .

— IG : najiehahaha (@najiehahahaha) November 6, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Layan movie #PUSAKA semalam, i give review 9/10! cerita dia start dari awal tu pun dah buat sis terkejut weh. best sangat, sampai aku balik rumah pun takut nak tidur bila teringat balik!? @iSyafiqKyle

— Syira (@syirasbri) November 5, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

penangan #pusaka betul ii tak main main . sampai 2 hari tidur berkepit ngn mama jee . asal tutup mata dlm bilik air sekejap pun dah pikir macam ii ya allah moveon kan lah aku drod prkara yg sia sia ?

— fadhilahaina (@fadhilahaina_) November 4, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.
Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.
Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!
Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.
#Pusaka #Filem Pusaka