Pelakon dan isteri pelawak terkenal Johan, Ozlynn memuji teraju utama filem Wira, Fify Azmi.

Ozlynn menyatakan rasa terujanya menerusi posting terbaru di akaun Instagram miliknya.

Posting tersebut juga turut disertakan dengan foto yang merakamkan Ozlynn bersama Fify.

Menurut Ozlynn selepas menonton filem tersebut, dia berasa kagum dengan Fify yang melakonkan watak lasak.

“Hari ini kerja dengan @fifyazmi, kecil comel je. Tak berani nak tanya dia lebih-lebih takut kena belasah ngan dia.

“Maklum lah lepas tengok WIRA fuh power dia ni. Kadang kita tak boleh menilai orang dari luaran tau, macam dia ni kecil-kecil cili api.

“Ada kawan aku besar badan dia. TAPI! Belum tentu kau lari boleh kejar speed dia. Stamina dia memang untuk aku superpower tak kena dengan size dia.

“Jadi moral dia jangan suka nak judge orang takut salah bual yang kecil lipat kau masuk bawah meja,” tulisnya.

Arini keje ngan @fifyazmi .. kecik comel jek.. x berani nak tanya dia lelebih.. takot kena belasah ngan dia.. maklomlah lepas tgk WIRA fuhhhhhhh... power dia nihhh.. kdg kita xleh nilai org dari luaran tau.. mcm dia nih kecil2 cili api.. ada kawan aku besar badan dia.. TAPI!!!! belum tentu ko lari boleh kejar speed dia.. stamina dia mmg utk aku superpower x kena dgn size dia.. so moral dia.. jgn suka nak judge org takut salah bual yg kecik lipat ko masok bwh meja??? anyway thank you Prem, haidar n team #malamjumaat

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on


Terdahulu, Fify menerima pujian ramai kerana berjaya membawakan watak seorang ‘fighter’ dalam Wira walaupun baru pertama kali beraksi di layar perak.

Untuk rekod, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.

Filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.

Istimewanya filem ini, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.