Ada persamaan di antara filem On Your Mark dan Olympic Dream iaitu, mengangkat genre sukan menerusi filem.

Tambah-tambah lagi, tanpa kita sedari sukan secara tidak langsung mengangkat perpaduan dan mendorong semangat dalam diri tanpa mengira usia, bangsa dan agama serta miskin atau kaya.

Elemen sukan yang diketengahkan menerusi kedua-dua filem ini juga telah menarima pujian ramai dan ramai pula yang mahukan filem bergenre sukan diperbanyakkan pada masa akan datang.

Antara cadangan warganet ialah, mereka mahu melihat filem berkisarkan ikon sukan berbasikal, Datuk Azizul Hasni Awang atau digelar Pocket Rocket Man.

“Harap-harap nanti diaorang buat kisah Datuk Azizul pula, ‘The Pocket Rocket Man’,” cadang seorang warganet.

Olympic Dream karya oleh Don Hoe merupakan sebuah filem yang penuh dengan nilai dan semangat cintakan tanah air.

Tidak memaparkan elemen sukan semata-mata filem ini juga memupuk semangat patriotik dan menghargai ‘perjuangan’ individu dalam menjulang nama negara di mata dunia.

Selain itu, kehadiran filem ini juga adalah bagi meraikan atlet-atlet negara yang telah mengharumkan nama Malaysia selama ini.

Olympic dream menampilkan legenda badminton negara seperti Datuk Rashid Sidek, Ong Ewe Hock, Cheah Soon Kit serta bekas pemain kebangsaan, Janice Woon Khe Wei dan Vivian Hoo Kah Mun yang turut mempamerkan aksi berbisa mereka menerusi filem ini.

Selain itu, filem hasil produksi Full Billion Entertainment ini juga mempertaruhkan gandingan generasi baru dan lama sebagai teraju utama, seperti Maya Karin, Jordan Voon, adik Annabelle Tan dan bekas pemain kebangsaan dan kini jurulatih badminton Adelle Ng.

Filem Olympic Dream turut menerima pengiktirafan di festival filem antarabangsa, antaranya, Filem Asia Terbaik di Festival Filem New York City IO 2021; Anugerah Khas Juri di Festival Filem Chambal International 2019; Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem & TV Ramsgate.

Jangan lupa untuk saksikan filem tentang sukan badminton, Olympic Dream yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 23 September 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.