Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan juga tidak ketinggalan berkongsi gambar lama ketika berada di zaman persekolahan.

Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy berkongsi beberapa koleksi fotonya menerusi ruangan Insta Story di akaun Instagram miliknya.

Selain foto, kapsyen-kapsyen yang ditulis Lizzy juga agak mencuit hati. Antaranya:

“2010, lepas tuition SPM singgah Pavi dulu hahaha sempat” tulisnya.


Bagaimanapun, foto-foto tersebut sebenarnya merupakan cabaran #beforedanafterspm yang disahut Lizzy sebagai sokongan kepada rakannya, Daiyan Trisha yang kini sedang rancak membawa watak Aaida menerusi drama premium terbitan Astro Originals Projek: Anchor SPM.

Jangan lupa saksikan drama premium terbitan Astro Originals Projek: Anchor SPM.

Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.

Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.

Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.

Projek: Anchor SPM ditayangkan di saluran Astro Citra setiap Isnin, jam 9.00 malam.