Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Lepaskan Tangan Lari Tinggalkan Isteri.." - Fouziah Gous Kongsi Realiti Perangai Suami Lepas Dah Lama Kahwin

ZULHILMI JALIL
21/09/2020 06:48 MYT
Pelakon Datin Fouziah Gous menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ketujuh hari ini.

Sempena hari yang cukup bermakna itu, Fouziah turut memuat naik sebuah video khas yang didedikasikan buat suaminya, Datuk Mohd. Zhafran Md. Yusof.

Officially 7tahun ? . Thank you so much sebab wish,komen dan doakan kami di gambar sebelum sebelum ni. Ada yang i baca sampai terguling gelak?. اَلْحَمْدُلِلّهِ . Sempena hari Anniversary kami team @fgwalet belanja video sweet sweet sebab depa banyak masa?! Jadi sekarang ni, sempena depa dah buat teaser macam ni, i rasa macam nak bagi percutian istimewa ⭐️ ⭐️⭐️⭐️⭐️buat pasangan yang bertuah. Tapi mesti lah kena ada syaratnya kan, yelah supaya adil. . Senang cerita u all follow je ig @fgwalet untuk update seterusnya. Sebab i dah mula fikir nak hadiahkan percutian ke mana?! Tapi confirm i bagi yang best❤️ #zhafouturns7

A post shared by Fouziah Gous (@fouziahgous) on


Begitupun, dalam satu entri berasingan, Fouziah turut berkongsi ragam sebenar suaminya selepas sudah tujuh tahun hidup bersama.

Katanya, mungkin ramai yang menganggap bahawa suaminya itu menjadi seorang yang semakin romantik walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga.

Begitupun, menerusi entri tersebut Fouziah memuat naik dua keping foto perbandingan yang memaparkan realiti sebenar 'perangai' suaminya.

"Mesti korang dapat rasa yang hubungan kami makin romantik, suami siap hulur tangan bila hujan turun. Sweet kan siap hulur tangan! Ni lah suami saya dari awal perkahwinan kami (sindiran).

"Realiti selepas tujuh tahun, suami lepaskan tangan lari meninggalkan isteri untuk selamatkan diri! Tak nak kena hujan! Inilah suami saya setelah tujuh tahun. Sekian!," ceritanya sambil berseloroh.

Ok seperti yg dijanjikan di picture sebelum ini. Reality sebenar selepas 7 tahun berkahwin. . 1st - mesti korang dapat rasa yg hubungan kami makin romantic, suami siap hulur tangan bila hujan turun . Sweet kan siap hulur tangan ! Ni lah suami saya dari awal perkahwinan kami. . Swipe: reality selepas 7tahun , suami lepas kan tangan lari meninggalkan isteri untuk selamatkan diri! tak nak kena hujan! Inilah suami saya setelah 7tahun???Sekian! . Ok tengs buat yg komen sweet2 tu?. Apa2 pun Yang penting terima kasih doakan kami.. #zhafouturns7

A post shared by Fouziah Gous (@fouziahgous) on


Begitupun, posting tersebut kemudian turut mendapat perhatian suaminya yang menjelaskan situasi sebenar di ruangan komen.

"Sebenarnya, isteri saya ini lasak orangnya. Jadi saya fikir, jika saya memegang tangannya, boleh membantut dan perlahankan pergerakannya nanti.

"Jika dibiarkan, lebih bebas, mudah dan pantas pergerakannya," jelasnya.



Fouziah mendirikan rumah tangga dengan Zhafran pada September 2013.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Zheeshan, 5, dan Zaheen Yusof yang kini berusia tiga tahun.

>> H O L I D A Y << >> M O O D << >> O N << . Guess,where are we going this time ...??? . Right answer will receive M Y S T E R Y G I F T S From @fgwalet . Tag your family & friends .. . . . . #ZhaFouTurns7 #Zhafou #Syukurlah #SharewithZF #fgwalet @fouziahgous @zhafoujr

A post shared by Zhaf Yusof (@zhafyusof) on


#Suami #Fouziah Gous #Anniversary
;