Hiburan
Les' Copaque Production Berdepan Cabaran Hasilkan Filem 'Dongeng Sang Kancil" Kurang Dua Tahun
Mereka yang membesar pada era 1980-an sudah pasti tidak lupa kisah Sang Kancil dan Sang Buaya.
Terbaharu Les' Copaque Production tampil berani menampilkan filem 'Dongeng Sang Kancil' dalam 'nafas' baharu yang bakal menemui penonton di pawagam beberapa hari lagi.
BERITA BERKAITAN: Les' Copaque Production Mahu Skrip Dongeng Sang Kancil Beri Impak Pada Penonton
BERITA BERKAITAN: Duduk Berbincang, Akhirnya Les' Copaque Sepakat Terbitkan Kisah Binatang 'Sang Kancil'
Bagaimanapun pengarah filem tersebut, Ahmad Razuri Roseli berkata, pelbagai cabaran harus dihadapi kumpulan produksinya sebelum berjaya menghasilkan filem berkenaan.
Katanya, tidak ramai yang tahu filem 'Dongeng Sang Kancil' disiapkan dalam tempoh yang begitu singkat.
"Ada pelbagai cabaran saya perlu hadapi antranya ialah nak siapkan filem ini bawah dua tahun.. bukan mudah.Filem Upin & Ipin pun kita siapkan lima tahun. Macam dalam erti kata lain ada diskaun tiga tahun.
"Filem kali ini macam saya katakan dia menitik beratkan art style dan ini memerlukan kita bekerjasama dengan team visual bagi memastikan kelancaran filem terbitan kami ( Les' Copaque Production )," katanya.
Razuri berkongsi, kali pertama menerima naskah 'Dongeng Sang Kancil' apa yang dibayangkan bagaimana filem tersebut mampu diberi wajah baharu.
Ketika ini juga katanya, dia juga hatu memikul tanggungjawab yang besar.
"Saya sebagai pengarah apabila dapat skrip sahaja saya dah boleh bayangkan visi saya 'Kancil' atau kisah lama berwajah baharu.
"Tugas sebagai pengarah ni lebih kepada terlibat disetiap peringkat dan berbincang dengan department terlibat supaya 'Sang Kancil' membawa kelainan sikit daripada filem kebiasaan yang dikeluarkan.
"Kerana kali ini saya berpeluang untuk lebih explore terhadap jalan cerita yang lebih mantap dan juga aksi-aksi yang orang kata lebih 'keras', jelasnya.
Filem ‘Dongeng Sang Kancil’ yang diterbitkan oleh Les' Copaque Production akan temui penonton di pawagam bermula 26 Disember ini.
Dongeng Sang Kancil menjadi satu-satunya filem animasi tempatan yang temui penonton di pawagam dan ia mengisahkan tentang seekor Kancil bertekad membalas dendam atas kematian ibunya yang dibunuh kejam oleh Bayang Hitam.
Dengan bimbingan Gagak, Kancil memulakan pengembaraan penuh cabaran, berhadapan tiga pemangsa hebat: Helang Perkasa di langit, Gajah Belukar di daratan, dan Raja Buaya di sungai. Dalam usahanya, dia perlu mengatasi setiap rintangan untuk menuntut keadilan.
Namun, ancaman semakin besar apabila Bayang Hitam mengalihkan sasarannya ke Hutan Rimba, menggugat seluruh kehidupan binatang di dalamnya.
Kancil mesti bertindak sebelum semuanya musnah.