gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Energi Penonton Luar Biasa, Saya Sendiri Tak Tertampung"
GAYA HIDUP
Diana Danielle Pilih Memanah Untuk Anak, Dilantik Wajah Ikon Muezza Archery Proshop - "Saya Tertarik Dengan Konsep..."
HIBURAN
Tak Sempat Tarik Nafas! Wali Band Buat Penonton 'Goyang' Sampai Hujung Konsert Jiwa Kacau 2025
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Lesap Lepas Terima RM1,400! Ramai Dedah Lelaki Sama Jadi ’Ejen Rumah Scammer’ Sejak 2019 - “Meyakinkan…Siap Tunjuk IC Dan Perjanjian...”

Umirah Halim
Umirah Halim
01/07/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Lesap Lepas Terima RM1,400! Ramai Dedah Lelaki Sama Jadi ’Ejen Rumah Scammer’ Sejak 2019 - “Meyakinkan…Siap Tunjuk IC Dan Perjanjian...”
Niat seorang individu untuk membantu adiknya dan rakan-rakan mendapatkan tempat tinggal di ibu kota berakhir dengan penipuan apabila dia kerugian RM1,400 selepas dipercayai diperdaya oleh ‘ejen rumah sewa palsu’ di Cheras.
Mangsa yang berkongsi pengalamannya di platform X berkata, insiden berlaku ketika dia sedang mencari rumah sewa bagi menggantikan asrama adiknya yang bakal tamat tempoh.
i got scammed RM1,400 while trying to rent a place in KL for my sister & her friends.their dorm contract ends soon so i wanted to help them settle somewhere safe.please read this thread, i don’t want anyone else to go through this. 😞👇 pic.twitter.com/BXADs5AduN
— fazeem (@fazeeeeeem) June 30, 2025
“Saya kena tipu RM1,400 ketika cuba menyewa sebuah unit di Kuala Lumpur untuk adik dan kawan-kawannya.
“Mereka akan tamat kontrak asrama tidak lama lagi, jadi saya mahu bantu cari tempat yang selamat untuk mereka,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Menurutnya, semuanya bermula apabila dia menemui satu iklan rumah sewa yang kelihatan meyakinkan di laman web Mudah.mypada 16 Jun lalu.
“Harga berpatutan, kawasan okay, dan gambar rumah nampak bersih. Saya hubungi individu itu dan kami setuju untuk jumpa pada 18 Jun jam 8 malam di Parc 3, Cheras.
“Saya pergi bersama adik dan rakan-rakannya. Lelaki tu bercakap dengan yakin dan berlagak seperti benar-benar pemilik unit tersebut,” jelasnya.
Lebih menghairankan, suspek turut menyerahkan salinan kad pengenalan dan menunjukkan perjanjian sewa terdahulu untuk meyakinkan mereka.
“Cara dia bawa diri memang nampak meyakinkan. Jadi pada 19 Jun, saya buat bayaran RM1,400 untuk tujuan ‘booking’. Dia sahkan pembayaran seperti biasa,” katanya.
Tidak lama selepas itu, pada 21 Jun, mangsa menerima perjanjian sewa rumah dan menyerahkannya semula selepas ditandatangani pada 23 Jun.
“Dia janji nak bagi kunci rumah pada 26 atau 27 Jun. Tapi tiba-tiba pada 24 Jun, dia minta tambahan RM2,200 dan kata baki RM1,400 boleh bayar Julai.
“Saya cakap hanya akan bayar bila kunci dah dapat, dan dia kata okay,” ujarnya lagi.
Namun, semuanya berubah apabila suspek tiba-tiba ‘menghilang’ tanpa khabar berita.
“Pada 28 Jun, saya cuba hubungi dia. WhatsApp cuma satu tick. Call pun terus masuk peti suara. Akaun WhatsApp dia tiba-tiba tak wujud – nombor dah tak berdaftar,” katanya yang kemudiannya membuat laporan polis dan menyerahkan semua bukti yang ada.
Perkongsian itu turut mengundang ratusan reaksi daripada pengguna media sosial lain yang mendakwa pernah ditipu oleh individu sama.
“Saya ingatkan dia dah berhenti lepas kena ‘pijak’ ramai-ramai dulu. Saya kena dengan dia pada 2019, sampai sekarang tak selesai. Memang licin cara dia, buat mangsa percaya.
“Saya rasa saya pun kena orang yang sama, tapi dia guna nama dan akaun bank lain. Modus operandi nampak sama.
Malah, ada yang percaya suspek menggunakan unit Airbnb yang disewa secara harian untuk dijadikan ‘bahan pameran’ kepada mangsa.
“Kemungkinan besar itu unit Airbnb. Dia sewa sehari untuk tunjuk konon itu rumah dia.
“Boleh muat turun gambar dan semak di Google Image. Kalau tuan rumah asal pernah post di Airbnb atau laman lain, mesti akan jumpa,” komen beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, mangsa difahamkan telah selesai membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.
Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan iklan rumah sewa dalam talian dan memastikan setiap urusan dilakukan secara bersemuka dengan pemilik sah atau melalui ejen berdaftar.
Topic Berkaitan
#Scam
#Sama
#Ejen
#Cheras
#parc3
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement