Laman Utama
Letak Jawatan, Bekas Manager Khairul Aming Mohon Maaf, Mahu Sertai Kelas PR - “Kejadian Ini Buat Saya Mengingati Allah”
Bekas pengurus kepada selebriti media sosial Khairul Aming membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap isu didakwa kekwat oleh segelintir individu yang pernah menghubunginya suatu ketika dahulu.
Menerusi hantaran di media sosial yang dikongsi kembali oleh netizen, bekas manager kepada Khairul Aming itu turut mengakui kesilapannya dan mendedahkan tidak lagi mempunyai kaitan dengan pengsohor bidang kulinari itu.
“Saya ingin membuat penjelasan mengenai isu yang tular baru-baru ini berhubung isu Khairul Aming (KA) di media sosial. Saya memohon maaf atas kesilapan saya pada tempoh hari. Dengan rendah hatinya saya meminta ribuan kemaafan kepada mereka yang pernah berkerjasama dengan saya secara terus atau tidak terus.
“Saya akui saya mempunyai kelemahan dalam menghadapi situasi dalam tekanan. Buat masa ini, saya akan cuba membuat perubahan untuk masa akan datang. Banyak hikmah dan pengajaran yang telah saya dapat sepanjang penularan isu ini. Banyak pengajaran yang telah sy belajar sewaktu penularan isu ini,” katanya.
Difahamkan, bekas majikannya itu juga sedang mencari pengurus baharu yang akan mengelolakan hal-hal berkaitan kerja Khairul Aming pada masa akan datang.
“Untuk pengetahuan semua, saya secara rasminya sudah dah tiada kaitan kerja dengan KA selepas insiden penularan ini berlaku. Dia (KA) juga sedang mencari pengganti yang baharu untuk handle semua kerja dia.
“Jadi semua socmed saya ini hanya untuk personal saya sahaja dan tiada kaitan dah dengan career dia,” lanjutnya.
Bekas manager Khairul Aming itu turut meminta agar isu berkenaan tidak diperbesarkan lagi.
“Moving forward pula, untuk personal saya sendiri, saya akan improve my communication skills dengan menyertai kelas-kelas PR dan any kelas yang berkaitan.
“Akhir kata, yang buruk memang datang daripada saya sendiri dan kejadian ini telah menyebabkan saya untuk lebih insaf mengingati Allah.
“Saya mohon jasa baik semua untuk tidak lagi membincangkan hal ini dan diharapkan dari keriasama semua orang. Sekian, terima kasih banyak-banyak,” tutupnya.