Letak Kaki Pada Buddha, Cristiano Ronaldo Dikecam Kerana Biadap
Ahmad Shah
24/10/2016 07:28 MYT
24/10/2016 07:28 MYT
Pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo dikecam pengguna media sosial gara-gara meletakkan kakinya di tapak patung Buddha ketika bergambar.
Komen negatif tersebut bermula apabila penyerang Portugal itu memuatnaik satu foto di akaun Instagram (IG)nya pada Jumaat yang menampilkan dirinya berdiri dan bergaya santai sambil memijak tapak patung tersebut dengan kapsyen “bom dia” yang membawa maksud selamat pagi.
Disebabkan tindakan itu, Cristiano Ronaldo atau lebih dikenali dengan panggilan Ronaldo itu teruk dikecam oleh netizen dan rata-ratanya melabelkan kelakuannya itu sangat biadap dan tidak menghormati penganut agama Buddha.
Lebih memburukkan keadaan, ada yang meluahkan rasa kecewa kerana sebagai pemain bola profesional dunia CR7 sepatutnya bijak membezakan antara perkara baik dan buruk sebelum memuatnaik sesuatu posting.
Antara komen yang diterima oleh Ronaldo ialah:
“Kaki kamu akan patah, nasib malang sedang menunggu kamu, selamat tinggal Ronaldo,” - @thanminoo26
“Tolong hormati agama kaum lain, jangan bersikap biadap seperti ini,” - @Dineshrajmishra
“Anda bermain dengan baik untuk perlawanan bola baru-baru ini tapi tidak mendatangkan gol. Tolong padamkan gambar ini dan mungkin anda lebih bernasib baik untuk perlawanan seterusnya,” - @hd7sevenYou
Dalam pada itu, ada juga pengikut IG Ronaldo mencadangkan supaya foto tersebut dipadamkan untuk mengelakkan komen negatif berterusan.
Bagaimanapun, Ronaldo tidak mengambil sebarang tindakan dan masih membiarkan foto berkenaan di IGnya.
Sehingga kini foto itu telah menerima lebih 1.9 juta likes dan hampir 29,000 komen oleh netizen seluruh dunia.
Teks oleh: Mira Amri