Laman Utama

"Letak Semua Kesalahan Pada Saya?"- Puteri Sarah Ucap Tahniah Tapi Dakwa Syamsul & Ira Dah Lama Nikah

gempak
Syafiqah Jalal
06/01/2023
09:26 MYT
Sponsor Banner
"Letak Semua Kesalahan Pada Saya?"- Puteri Sarah Ucap Tahniah Tapi Dakwa Syamsul & Ira Dah Lama Nikah
"Tahniah sebab akhirnya mengaku dah berdaftar (nikah)," respon pelakon Puteri Sarah selepas suaminya Syamsul Yusof mengaku dia sudah sah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand hari ini.
Syamsul menerusi akaun Instagram (IG) miliknya sebentar tadi membuat pengakuan dia dan Ira baru sahaja bernikah di Thailand.
BACA: Syamsul Yusof Mengaku Nikahi Ira Kazar Di Thailand
Puteri Sarah bagaimana pun menerusi Instagram (IG) Story miliknya lagi mendakwa sebenarnya suaminya sudah berbulan mendirikan rumah tangga.
"Apa-apa pun tahniah sebab akhirnya mengaku dah berdaftar (nikah)
"Selepas berbulan bernikah di Thailand kan," dakwanya.
BACA: Mengaku Puteri Sarah Masih Isteri, Syamsul Rayu Kembali Ke Pangkuan
Sedang sibuk dengan penggambaran, ibu kepada sepasang cahaya mata itu memberitahu dia akan menjelaskan perkara berkenaan dalam satu video yang bakal dimuat naik.
"Kamu letak semua kesalahan di pihak saya? Ok tunggu!
"Kejap lagi saya buat video, tunggu ya," beritahunya.
Terdahulu, pergolakan rumah tangga antara Puteri Sarah dengan Syamsul berlarutan sejak empat tahun lalu selain dia mengesahkan mereka tidak lagi tinggal sebumbung gara-gara gangguan orang ketiga.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024