Laman Utama

Letak Tepi Singki Tunggu Cair? Oh Rupanya Selama Ni Cara Defrost Daging Salah, Boleh Akibatkan Bakteria

gempak
Mya Amri
22/07/2020
09:11 MYT
Sponsor Banner
Letak Tepi Singki Tunggu Cair? Oh Rupanya Selama Ni Cara Defrost Daging Salah, Boleh Akibatkan Bakteria
Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya jika meletakkan daging beku diluar sebelum memasak adalah cara yang salah.
Menurut Public Health Malaysia cara tersebut boleh mengakibatkan bakteria pada daging berkenaan. Meletakkan daging atau ayam beku di singki pada waktu pagi dan membiarkan ia seharian (melebihi 4 jam) untuk daging beku cair dan boleh dimasak boleh mengakibatkan kuman.
Kaedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan. Daging dan ayam mentah , jika dibiar lama diluar adalah syurga buat kuman dan bakteria.
Laman Facebook itu juga turut berkongsi cara-cara yang betul untuk menyahbekukan daging.
“Untuk keselamatan, letakkan daging beku di ruangan peti sejuk (bukan beku) seharian atau gunakan fungsi defrost ketuhar gelombang mikro untuk mencairkan ais sebelum ia boleh dimasak,” kongsinya. Kami harap perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat pembaca Gempak.
Nak cari papan pemotong? Anda boleh klik sini
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024