VIRAL
Letak Tracker Di Dompet, Pergi Kelab Malam Tinggal Anak, Shahrul Nasrun Dakwa Bekas Isteri Ada Gangguan Personaliti Narsistik - “Jangan Tunjuk Baik Sangat…’
Kecoh baru-baru ini mengenai kemelut antara ahli politik, Datuk Shahrul Nasrun dan bekas isterinya Fatin Amyra.
Tidak berdiam diri, Ahli politik Datuk Shahrul Nasrun tampil membalas kenyataan yang dilakukan Amyra.
Menerusi perkongsian di instagram Story, Exco Pemuda Umno Malaysia menjelaskan bahawa dia tidak mahu lagi terlibat dalam drama dan permainan media sosial bekas isterinya.
“Stop faking and drama. Jangan tunjuk kita baik sangat.
“I’m not your victim anymore. Stop trying to create drama. Just move on,” ujarnya.

Lebih mengejutkan lagi, menerusi perkongsian sama, Shahrul juga mendakwa bekas isterinya menghadapi masalah 'Narcissistic Personality Disorder' (NPD).
Selain itu, Shahrul turut mendakwa Amyra telah keluar berhibur di kelab malam dan meninggalkan anak-anak di rumah.
“Kesian bila awak masih cuba cari perhatian murahan sedangkan semua orang tahu awak keluar ke kelab minum dan tinggalkan anak saya berjaga sampai pukul 4 pagi. Babe, awak ada NPD.
“Tak ada siapa pun beritahu awak tentang saya. Kita dah bercerai sejak 30 Julai 2024 dan saya masih jaga awak sampai saya tinggalkan masalah gangguan personaliti narsistik awak pada Mac 2025,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, Shahrul turut mendedahkan bahawa bekas isterinya masih menyimpan 'tracker card' dalam pemegang kadnya, yang dikesan selepas dia pulang ke kampung untuk sambutan Raya.
Menurutnya, perbuatan tersebut adalah sesuatu yang pelik dan tidak wajar, terutamanya apabila kedua-dua mereka sudah bercerai.

“Your so called MOVE ON, please take back your tracker card that u hide inside my card holder ya. This is something new for me. Sorry I’m so outdated,” jelas Shahrul.
Menerusi hantaran Instagram Story yang lain, Shahrul bagaimanapun akur bahawa bekas isteri, Fatin Amyera tetap ibu kepada anak-anak mereka, dan tidak pernah menganggap wanita itu sebagai musuh dan mendoakan yang terbaik buat kehidupan bekas isterinya.
Sebelum ini, Fatin Amyra memuatnaik kenyataan menyatakan bahawa dia tidak mahu dikaitkan lagi dengan bekas suaminya Shahrul Nasrun,
Kenyataan itu dilakukan selepas difahamkan ada individu yang masih melaporkan aktiviti yang dilakukan bekas suaminya.