Laman Utama
“Letaklah Air Tanah Ke, Minyak Ke Dekat Muka Saya” - Afifah Nasir
Pelakon Afifah Nasir akui tidak kisah mengenai rupa parasnya ketika melakonkan sesuatu watak.
Menurut Afifah, dia lebih mengutamakan penghayatan watak untuk memastikan lakonannya memberikan impak kepada penonton.
“Saya tidak kisah bagaimana wajah atau penampilan saya kelihatan di paparan skrin selagi saya dapat menyampaikan penghayatan karakter dengan baik kepada penonton untuk ditonton.
“Letaklah air tanah ke, minyak ke atau apa-apa sahaja ke wajah atau rambut, saya tidak akan memberikan rungutan.
“Saya sangat enjoy sepanjang penggambaran #natijahkasihabah! Drama yang tak payah bersolek sangat dan pakai baju kurung all the way bersama pelakon lagenda, @zamarulhisham93,” tulisnya di akaun Instagram.
Sekadar info, Afifah merupakan adik kepada aktres Anzalna Nasir.