Laman Utama

Letih, Lapar! 500 Jemaah Pulang Dari Umrah Mengamuk, Lima Jam Terkandas Di KLIA

gempak
Azwa Rahman
29/12/2021
09:01 MYT
Sponsor Banner
Letih, Lapar!  500 Jemaah Pulang Dari Umrah Mengamuk, Lima Jam Terkandas Di KLIA
Gara-gara terpaksa menunggu lebih lima jam, 500 jemaah yang tiba di Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan dari Arab Saudi meluahkan rasa tidak berpuas hati mereka.
Menerusi platform TikTok, seorang pengguna Zulkifli Mohamed berkongsi keadaan di dalam ruang ketibaan penerbangan di mana rata-rata jemaah naik angin kerana perlu menunggu lama selain penat berikutan menaiki penerbangan lama dari Jeddah.
Turut sama memantau keadaan jemaah-jemaah tersebut adalah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Difahamkan, kesemua jemaah yang baru selesai menunaikan umrah di Tanah Suci itu sedang menunggu giliran untuk dipakaikan jam penjejak bagi pengesanan jangkitan COVID-19.
“YB KJ mai melawat dan jemaah mengamuk kerana SOP terlalu teruk di KLIA.
“Ini adalah situasi selepas pulang dari umrah, percubaan pertama kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pakaikan jam penjejak. Terlalu lama, hampir lima jam menunggu,” tulisnya.
Difahamkan hanya tujuh sahaja kakitangan KKM yang ditugaskan ketika itu bagi mengendalikan seramai 500 jemaah terlibat.
@uzm_87 #ad YB KJ mai melawat dan jemaah mengamuk kerana SOP terlalu teruk di KLIA. #fypシ #viral #umrah #YBKJ #SOP ♬ original sound - Zulkifli Mohamed
Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial menasihatkan agar jemaah terbabit sentiasa bersabar selain turut bersimpati dengan kepenatan dilalui mereka.
“@Sharifah Hasni Syed Husein:Jemaah sudah keletihan 8 jam perjalanan. Kami yang dah sampai rumah pun masih keletihan”
“@mohamadshukribinhashim:ujian sebagai tetamu Allah datang dalam pelbagai cara, diuji sebelum tiba, bersih hati elak emosi, moga selamat semuanya”
“@:dulu ustaz pesan kalo kita nak pegi tempat suci atau baru blik, mulut,tingkah laku kena jaga. kalo takde bnda baik nak cakap baik diam. ujian datang dalam pelbagai bentuk”
“@Fahd:Kalau nak tahu ibadah UMRAH kita mambrur atau tidak, kita tengok saja tingkah laku kita bila pulang dari tanah suci”
“@kings:5 jam kalau semua berzkir mengaji hati pun sabar tenang, berkat mari dari tanah suci”
“@Safwan Nazri:Saya disini jugak tadi, sistem jam tu okay takda masalah, yang geram staff diorang tak ramai, perjalanan 9 jam kena tambah tunggu lagi 6 jam penat wehh!!”
“@Longkaimelayu20:Patut yang sound ni biar la orang yang tak pergi umrah. Kalo yang balik umrah sampai marah-marah abis la.. Sia-sia pi umrah. Dugaan ni pakcik. Kena kuat”
Menerusi perkongsian yang berbeza, semua jemaah tersebut telah selesai menjalani proses pendaftaran kuarantin dengan memakai gelang merah jambu setelah Khairy membatalkan penggunaan jam penjejak.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 350,000 tontonan daripada warga TikTok.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live