Laman Utama
"Letih Sampai Menangis..."- Ayda Jebat Turun 5kg Akui Penat & Tak Cukup Tidur
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mendedahkan berat badannya sudah turun hingga lima kilogram (kg) sejak tiga mknggu lalu.
Selain mempunyai selera makan, Ayda memberitahu dia juga tidak cukul tidur dan terlalu penat dengan jadual dan aktiviti seninya setiap minggu.
"Sejak tiga minggu lalu berat badan saya turun dari 46kg kepada sekarang 41kg. Saya hilang lima kilogram.
"Saya nak makan, lapar, tapi bila sampai je makanan, hmm.. makan sikit then kenyang. I dont know why..
"Tapi memang tak cukup tidur, kalau konsert Ahad habis, Isnin dah kena cepat-cepat siapkan structure and arrangement lagu by Selasa, at the same time nak lock semua props, led, orang yang terlibat, and masa yang sama kerja selain Famili Duo berlambak photoshoot, videoshoot sana sini," ceritanya
Tambah Ayda akibat terlalu letih membuatkan dia menangis. Namun semuanya rasa berbaloi bila hasil kerjanya dihargai.
"Letih semalam sampai menangis. But I'm okay. Insyaallah. Don't worry.
"Bila orang hargai kerja kita and team kita, also kerja keras production rasa berbaloi sangat.
"Tapi lepas habis ni.. kena go travel la eh.... Kan? Tapi takleh. Kerja lagi back to back," kongsi kakak kepada Fyna Jebat itu lagi.
Sekadar info Ayda yang mendirikan rumah tangga dengan pengacara Nabil Mahir pada 1 Jan 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata Ana Nayla berusia setahun.