Hiburan
“Letih Sampai Nak Makan Pun Tak Boleh Buka Mata” – Isteri Hargai Pengorbanan Aaron Aziz
Isteri kepada pelakon Datuk Aaron Aziz, Datin Diyana Halik menghargai pengobanan suaminya yang sentiasa bekerja keras untuk keluarga.
Menurut Diyana, dia berasa sangat beruntung kerana mempunyai suami seperti Aaron dan berharap anak-anaknya memahami situasi bapanya.
Diyana meluahkan rasa terima kasihnya menerusi posting terbaru di akaun Instagram miliknya semalam.
“Alhamdulilah… Sebagaimana kita para isteri ingin dihargai, suami kita juga patut dipeluk dan berterima kepadanya atas semua kebaikan dan kerja keras mereka. Semoga Allah sentiasa menjaga suamiku dari segala bahaya.
“Dua hari yang lalu dia pulang dari kerja dan MeleTOP, kelihatan sangat letih sampai nak makan pun dia tidak dapat membuka matanya.
“Saya harap anak-anak kita akan menghargai bapa mereka. Anak-anak, mohon memahami keadaan abapa kamu apabila dia letih, faham ketika dia berkata tidak, faham ketika dia tidak dapat mengambil kamu dan faham jika apa sahaja yang dia lakukan semuanya adalah untuk keluarga.
“Terima kasih. Sayang awak. @aarondwiaziz. Satu-satunya perkara yang lebih baik daripada mempunyai awak sebagai suami adalah anak-anak kita mempunyai awak sebagai bapa mereka. Alhamdulilah, terima kasih Allah S.W.T,” tulisnya.
Terdahulu, Aaron dan Diyana telah berkahwin pada Ogos 2003. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.
Must-Watch Video