Berita

“Letih Tapi Seronok…”- Demi Mencari Rezeki Untuk Anak, Bekas Isteri PU Abu Berniaga

gempak
Syafiqah Jalal
12/05/2020
09:16 MYT
Sponsor Banner
“Letih Tapi Seronok…”- Demi Mencari Rezeki Untuk Anak, Bekas Isteri PU Abu Berniaga
Bekas isteri Pencetus Ummah (PU) Abu, Ain ‘Afini akui dirinya letih apabila perlu menjaja makanan serta berniaga demi untuk mencari rezeki buat dia dan anaknya.
Pun begitu, sejak Printah Kawalan Pergerakan (PKP) kiosk tempat dia menjaja makanan terpaksa ditutup dan dia hanya berniaga dari rumah.
“Sebelum ni Ain buka kiosk kat IIUM jual pasta, setiap kali habis kelas terus pergi kedai meniaga sampai lah malam. Pagi pergi kelas, habis kelas pergi meniaga. Letih tapi seronok! Memang takdalah life enjoy dengan kawan-kawan, nasib kawan jenis faham.
“Tapi sebab PKP ni IIUM tutup so kedai Ain pun kena tutup juga so sambil cuti takda buat apa ni niaga Nasi Geprek pula! Jenis main redah je asalkan tak duduk saja kat rumah.
“Memang kalau meniaga passion tu kat makanan sebab suka sangat masak. Suruh je masak apa-apa semua boleh saja hehe tapi sedap ke tak tu belakang cerita,” tulisnya.
Ain berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Disebalik kegigihannya berniaga itu, Ain memberitahu dia tetap bersyukur kerana ramai yang menyokongnya.
“Paling best setiap kali hantar makanan Ain jumpa pelanggan yang baik-baik, bagi makanan lah, bagi duit untuk Aysar.
“Setakat ini semua pelanggan baik sangat! Terima kasih kerana sudi menyokong perniagaan kecil Ain ni. Tolong doakan Ain diberi rezeki yang tak pernah putus, rezeki yang berkat,” katanya lagi.
Sebelum itu, PU Abu pernah mendirikan rumah tangga bersama Ain 'Afini namun hubungan mereka terlerai pada 16 Mei 2019 apabila jatuhnya talak antara mereka ketika dia sedang hamil.
PU Abu kemdian mendirikan rumah tangga dengan Hana Azra pada Mei tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari.
Namun perkahwinan PU Abu dan Hana juga tidak kekal lama dan mereka berpisah April lalu.
Hana juga pernah mendirikan rumah tangga sebelum perkahwinan bersama Abu. Menerusi perkahwinan pertamanya itu, dia dikurniakan seorang anak perempuan, Afifah Aisyah yang kini berusia empat tahun.
Sebelum ni Ain buka kiosk kat IIUM jual pasta, setiap kali habis kelas terus pi kedai niaga sampai lah malam. Pagi pergi kelas, habis kelas pi niaga. Letih tapi seronok! Memang takdalah life enjoy dengan kawan kawan, nasib kawan jenis faham. Tapi sebab PKP ni IIUM tutup so kedai Ain pun kena tutup juga so sambil cuti takda buat apa ni niaga Nasi Geprek pula! Jenis main redahhhh je asalkan tak duduk saja kat rumah ? Memang kalau niaga passion tu kat makanan sebab suka gilaaaa masak. Suruh je masak apa apa semua onzzz hehe tapi sedap ke tak tu belakang cerita. Paling best setiap kali delivery makanan Ain jumpa customer yang baik baik, bagi makanan lah, bagi duit untuk aysar. So far semua customer baikkkk sangat! Terima kasih tau sudi support perniagaan kecil Ain ni. Tolong doakan Ain diberi rezeki yang tak pernah putus, rezeki yang berkat ? . . Btw harini Ain pergi delivery makanan pakai tudung satin @kektes.co_official honestly material kain ni best terletak elok dan tak kejung. Beli guna code AinAfiniXKektes.Co tau sebab tengah ada promo sempena Mothers Day! Promo untuk sehari je tauuu cecepat beli untuk harga murah! Jubah flowy ni dari @hijabilaila murahhhh je tapi tak panas langsung and cantik! Tak cepat kedut pun. Thank you ♥️♥️
A post shared by عين عفيني (@ainafini_) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live