Laman Utama
Letopnya Percutian Langkawi Rizalman...Siap Naik Jet Mewah!
Pesohor fesyen Datuk Rizalman Ibrahim pergi bercuti ke Langkawi baru-baru ini bersama anak-anak dan pasukannya.
Rizalman berkongsi perkembangan beliau di sana menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi tinjauan Gempak, Rizalman ada memasak di Hotel Four Seasons Langkawi sebagaimana yang dikongsi dalam sesi Instagram TV.
Lebih menarik, ikon fesyen kesayangan ramai itu juga kelihatan menaiki jet mewah bersama anak-anak angkatnya, Umar Nail dan Aali Nail.
Bukan itu sahaja, beliau juga menerima layanan istimewa dari pihak hotel penginapannya hinggalah servis menaiki jet dan ketika kembali ke ibu kota.
Sekadar rekod, dua anak angkat Rizalman, Umar kini berusia 19 manakala Aali, 9 tahun.
Hotel Four Seasons Resort Langkawi Malaysia menawarkan harga sekitar RM2,000 ke atas satu malam untuk pakej bilik keluarga, ianya bergantung kepada permintaan pelanggan.
Sementara itu, pelakon Hairul Azreen yang mencuri perhatian bercuti ke sebuah pulau menaiki helikopter baru-baru ini juga sudah kembali ke ibu kota dan kembali bekerja.
Must-Watch Video