Letupan Kereta Api St. Petersburg Angkara Pengganas

Syafiqah Jalal
April 3, 2017 16:09 MYT
Motif letupan kereta api bawah tanah di St. Petersburg, Rusia dilaporkan angkara serangan pengganas.
Menurut jurucakap Ahli Jawatankuasa Anti-Pengganas Nasional Rusia, Andrei Przhezdomsky, letupan itu disebabkan oleh sejenis alatan letupan yang diletakkan dalam salah satu gerabak kereta api.
"Setakat ini boleh dikatakan punca kejadian disebabkan alat letupan namun siasatan masih diteruskan oleh pakar bom," katanya.

#Сенная #Теракт #Метро #Спб pic.twitter.com/XYtWZpGilL

— ? (@StanislavPanda) April 3, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pihaknya juga menemui satu alat letupan di sebuah lagi stesen kereta api bawah tanah iaitu Stesen Revolutionary Square. Namun, ia disahkan selamat.
Letupan yang berlaku telah menyebakan kehilangan 11 nyawa dan 39 yang lain cedera.
Menurut laporan, kejadian berlaku di gerabak yang menghubungkan antara Stesen Sennaya Ploshchad dan Stesen Tekhnologichesky Institute.
Sementara itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan Rusia, Viktor Ozerov, St. Petersburg menjadi target pengganas memandangkan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang berada di bandar itu untuk sesi lawatan media.
"Tempat dan waktu letupan dilakukan secara sengaja. Forum media sedang berlangsung bersama Presiden Rusia dan ada ramai wartawan sedang berkumpul di St. Petersburg," katanya.
Pada tahun 2010 dua pengebom berani mati telah meletupkan diri sendiri di dua buah stesen kereta api bawah tanah di Moscow dan membunuh 40 orang.
Manakala pada tahun 2002, seramai 170 orang maut dalam situasi tegang pemberontakan etnik Chechen.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Rusia #Breaking News #St. Petersburg #Pengganas