Sejak negara sudah memasuki fasa endemik, pastinya ramai yang tercari-cari lokasi menarik yang dapat dinikmati ketika masa lapang dan hujung minggu.

Berita baik buat mereka yang tercari-cari, satu festival dikenali sebagai KLWKND telah pun mula berlangsung.

Difahamkan ia sebahagian daripada program di bawah Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya (CENDANA) yang merencanakan pelbagai program kesenian dan kebudayaan, termasuklah 'Seni Di Dalam Bandar' (Art In The City - AITC).

Jadi apa menariknya KLWKND ini?

Sepanjang empat hari penganjurannya, Festival KLWKND akan menonjolkan Kuala Lumpur melalui dimensi sejarah, seni, reka bentuk, budaya dan warisan.

Festival ini membabitkan beberapa lokasi seni dan budaya di sekitar Kuala Lumpur termasuklah di GoDown KL, Panggung Bandaraya DBKL, Pasar Seni dan RexKL yang kesemuanya boleh diakses dengan hanya berjalan kaki antara satu sama lain.

Antara yang menarik pastinya Opera Serikandi Nusantara yang berlangsung di Panggung Bandaraya hari ini.

Persembahan itu bakal menampilkan kombinasi muzikal Melayu seperti Mak Yong, Menora, Wayang Kulit dan gamelan dengan elemen opera seperti ensembel koir bagi menceritakan kisah-kisah lagenda puteri-puteri Melayu.

Antara kisah bakal dipaparkan termasuklah Puteri Gunung Ledang, Cik Siti Wan Kembang, Puteri Saadong, Puteri Han Li Po, Puteri Santubong, Puteri Sejinjang, Puteri Ulek Muyang, Puteri Walinong Sari, Puteri Zaleha, Puteri Bidasari and Tun Fatimah.

Menarik bukan?

Namun, itu hanya sebahagian saja, banyak lagi program seperti Bamboo House @ The Godown KL, Art of Bamboo (The Godown KL), Bicara Bamboo (The Godown KL), KL Story (Pasar Seni), Best of Malaysian Craft (Pasar Seni), Forest in the City (High Street Studio), Lauk Pauk @ The Back Ground (RexKL), Buku2Book (RexKL), Love Malaysia Batik (GMBB) dan Bamboo – Textile for the Future (The RuMa Hotel & Residences).

Berikut merupakan sebahagian jadual mengenai program yang bakal disajikan bermula hari ini!

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai lokasi dan keseluruhan program yang disediakan di sini.