gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bekas Staf Rocketfuel Didakwa Seleweng RM28,000, Hael Husaini Hadir Sebagai Saksi
HIBURAN
Prince Syed Beri Nasihat, Perlu Ada Toleransi Untuk Rumah Tangga Harmoni - “Lelaki Kena Buat Semua Benda, Isteri Jangan Pula Ambil Kesempatan”
HIBURAN
Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti Bertukar Lokasi Ke PICC Putrajaya
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

GAYA HIDUP

Level Up Kopi Korang! Luckin Coffee & Honor of Kings Cipta Dunia Fantasi Realiti

gempak
Gempak
15/06/2025
18:43 MYT
Sponsor Banner
Level Up Kopi Korang! Luckin Coffee & Honor of Kings Cipta Dunia Fantasi Realiti
Bila dunia kopi bertemu dunia permainan, hasilnya bukan sekadar minuman menarik tapi ia jadi pengalaman penuh gaya hidup!
Itulah yang berlaku apabila jenama kopi sensasi Luckin Coffee melancarkan Fruity Series mereka dengan kolaborasi mengejut bersama permainan popular Honor of Kings (HOK).
Bayangkan kombinasi luar biasa seperti Orange Americano yang menggabungkan rasa sitrus segar dengan espresso, atau Fizzy Grape Americano yang manis dan berkarbonat. Semua ini hadir dalam kempen yang bukan saja menyegarkan tekak, tapi juga membawa dunia cosplay dan game ke dalam kedai kopi!
Pelancaran Fruity Series pada 8 Jun di Luckin Coffee Sunway Pyramid jadi tumpuan ramai apabila dua cosplayer popular, Angellowee dan Lea, muncul sebagai watak Shi dan Yao dari Honor of Kings.
Suasana bertukar meriah apabila peminat bergambar, berswafoto, dan menyertai sesi imersif yang seolah-olah membawa watak game ke dunia sebenar. Malah, pembeli Fruity Series juga menerima kad foto eksklusif dan beberapa yang bertuah dapat sesi bergambar peribadi bersama cosplayer kegemaran mereka.
Dari pop socket, gantungan telefon hinggalah pelekat holografik, semua direka khas untuk peminat Honor of Kings. Item ini boleh didapati melalui tiga pakej kombo bermula serendah RM12, dengan pelbagai kombinasi minuman dan hadiah eksklusif yang pasti buat peminat game dan kopi teruja.
Lebih menarik, dari 6 hingga 8 Jun, 100 pelanggan pertama setiap hari yang muat naik gambar bersama standee HOK di media sosial berpeluang menebus Pakej Buff Up termasuk minuman percuma, baucar Beli 1 Percuma 1 dan kupon diskaun yang hanya boleh ditebus melalui aplikasi Luckin Coffee.
View this post on Instagram
A post shared by Luckin Coffee Malaysia (@luckincoffee.msia)
Jelas sekali, Luckin bukan sekadar menjual kopi – mereka sedang membina budaya. Dengan pendekatan berani, visual yang bergaya dan kolaborasi yang dekat dengan minat generasi muda, jenama ini menggabungkan rasa, hiburan dan trend dalam satu pakej yang cukup “in”.
Kalau anda masih belum rasa Fruity Series, ini masa untuk jadi sebahagian daripada trend. Dapatkan juga barangan kolaborasi eksklusif ini di semua cawangan Luckin Coffee di Malaysia (kecuali Pavilion Damansara Heights & AEON Maluri) sebelum ia habis!
View this post on Instagram
A post shared by Luckin Coffee Malaysia (@luckincoffee.msia)
Untuk maklumat lanjut dan pembelian, layari luckincoffee.com/my.
Topic Berkaitan
#Kopi
#Honor Of Kings
#Luckin Coffee
Must-Watch Video