Menerusi kenyataan tersebut, pihak hotel berpesan supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut selain menggesa supaya tidak berkongsi gambar atau video mangsa yang terlibat.

“Memandangkan siasatan masih belum selesai, kami memohon orang awam untuk tidak membuat spekulasi lanjut mengenai kes berkenaan, dan tidak berkongsi sebarang gambar atau video atas permintaan keluarga mangsa.

“Kami dengan ini melampirkan kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai kejadian tersebut untuk rujukan anda,” kongsi mereka.

Kenyataan tersebut turut menjelaskan bahawa pihak Lexis akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dan akan mengambil setiap langkah untuk mencegah kejadian seperti itu berulang pada masa hadapan.

Difahamkan, kejadin tersebut berlaku sekitar pukul 12.30 tengah hari. Ketika itu, mangsa sedang memasang bunga api bagi pertunjukan sambutan tahun baharu 2024.

Sebelum ini, Gempak melaporkan ahli keluarga mangsa memohon supaya memadam gambar dan video mangsa ketika kejadian berlaku.