Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Viral

"LGBT Pergi Mampus!" - Sentuh Sensitiviti, Lirik Lagu Baru Bunkface Cetus Amarah Netizen

Amri Hassan 27/02/2020 | 00:14 MYT
Lirik lagu terbaharu kumpulan Bunkface berjudul Akhir Zaman telah mencetuskan rasa kurang senang dan berang netizen.
BACA: Sampaikan Suara Peminat & Rakyat Malaysia, Bunkface Lancar Single Terbaru Akhir Zaman!
Selain 'mana pergi semua duit rakyat', lirik berbunyi 'LGBT pergi mampus' juga mendapat reaksi negatif netizen.
Ramai yang menyatakan pandangan bahawa tindakan Bunkface itu sedikit keterlaluan dan cubaan untuk meraih perhatian.
"Nak cakap Islam tak ajar jadi gay tu memanglah. Tapi tak perlulah nak suruh orang pergi mampus. Nak punk sangat sampai jadi kurang ajar memang tak punk Bunkface oi," tulis @monkeydisease.
"Kalau kau homophobe sekalipun tak perlu tulis lirik kebencian macam tu. You are not a punk, you're just a poser," tambah @MNHadi4.
"Pretty rich for Bunkface to make their way to fame with “diskriminasi menjatuhkan aku” & now chooses to sing “lgbt boleh pergi mampus” as a way to climb back into the mainstream," tulis @sunfloweraidil.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kemarahan itu bukan sekadar suara di media sosial seperti Twitter malah ada yang menyeru orang ramai untuk membuat laporan kepada YouTube agar muzik video terbabit dipadamkan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, tidak kurang juga yang menyokong tindakan Bunkface menyampaikan mesej menerusi muzik.
"LGBT tu boleh bermaksud dua benda. Pertama lifestyle lgbt, kedua golongan lgbt itu sendiri.
"Aku yakin bunkface maksudkan yang pertama. Ianya tak homophobic jika anda tolak gaya hidup lgbt," tulis @liberalkunos.
"Gila ke apa Bunkface buat lagu cakap benda yang betul pun ramai nak bash bagai padahal Bunkface did a right thing to tell everyone. Hidup kalau langgar Tuhan memang takkan kisah dah benda ni," sahut @thecakelapiz.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lirik lagu itu ditulis sendiri oleh vokalis Bunkface, Sam dan muzik video Akhir Zaman telah dimuat naik di YouTube pada pagi Rabu.
Sehingga kini video muzik itu telah ditonton lebih 50,000 pengguna.
#Viral #Bunkface #Viral #Akhir Zaman
;