Lia Aziz Jawab Spekulasi Rumah Tangga Sedang Goyah, Berteka-Teki Status Terkini Bersama Suami – “Yang Mana Tahu, Tahulah”
Biar Orang Bercakap-Cakap
Kongsi Lia atau nama sebenarnya Nor Alia Farzana Abdul Aziz, 21, dia lebih selesa mengunci mulut selain memaklumkan hanya yang tahu sahaja tahu tentang situasi dia bersama suami, Arash Azimi yang juga merupakan anggota kumpulan Tree Hill.
“Untuk spekulasi itu, saya dan Arash sendiri anggap siapa yang rapat yang tahu, tahu sajalah. Tapi kami tak cakap apa-apa pun.
“Memang ramai yang bertanya, perkara itu dah lama jadi spekulasi pun cuma saya biar saja orang bercakap begitu.
“Sebab saya dan Arash sendiri tak akan cakap apa-apa, yang mana tahu, tahu lah,” kongsinya kepada Gempak.
Lia dan Arash ditemui pada majlis sambutan ualng tahun ke-17 Suria di Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.
Berteka-Teki Situasi Hubungan
Dalam pada itu, pelantun lagu Kucu Kuca itu mengakui hubungannya bersama Arash kini masih baik biarpun enggan menjelaskan situasi terkini rumah tangga mereka.
“Tak ada masalah, kami okay saja, biar netizen bertanya-tanya.
“Kalau ia menjadi lebih melarat, kami akan katakan sesuatu, tapi buat masa ini tiada apa pun, okey saja,” ujarnya lagi.
Padam Gambar Di Instagram
Ditanya mengenai tidak lagi berkongsi gambar bersama di media sosial, Lia berkata dia jarang berkongsi perihal peribadi untuk tontonan umum.
“Sampai saya rasa tak mahu langsung kongsi, yang mana tahu, tahu lah.
“Banyak juga yang bertanya, kami cuma jawab okey saja, doa yang baik-baik, tutupnya.