Rumah tangga selebriti popular Hollywood, Liam Hemsworth dan Miley Cyrus menemui titik noktah selepas berkahwin selama kurang dari tempoh lapan bulan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Liam menerusi entri terbaru di akaun Instagram miliknya beberapa jam lalu.

"Hi semua, untuk makluman semua, saya dan Miley telah berpisah.

"Saya hanya harap dia terus bahagia dan menjalani kehidupan dengan sihat selepas ini,"
tulisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat aktor ini menulis kata-kata positif untuk memberi semangat terhadapnya.

Berita mengenai perpisahan pasangan ini telah mula tular pada hujung minggu lalu.

Sebelum ini, Liam dan Miley pernah berpisah, kemudian kembali menjalinkan percintaan yang membawa ke ambang perkahwinan pada Disember tahun lalu.