Pelakon popular Hollywood, Liam Hemsworth kini tidak lagi menyorokkan hubungannya bersama teman wanita baru, Gabriella Brooks.

Memetik laporan HollywoodLife, hubungan Liam dan Gabriella mula terdedah apabila mereka berada di Australia baru-baru ini.

Bekas isteri Liam, Miley Cyrus pula mengambil langkah untuk berdiam diri dan tidak bertanya sesiapa mengenai hal itu.

"Miley tak mahu sesiapa berasa kurang selesa dengan perkara ini, sebab itulah dia memilih untuk berdiam dan tidak bertanya kepada sesiapa.

"Liam dan Miley mempunyai beberapa orang rakan yang rapat dengan mereka, sekarang ada juga rakan yang memilih untuk berpihak kepada salah seorang dari mereka.

"Miley pula kini sedang bercinta dengan penyanyi Cody Simson dan mereka kelihatan semakin rapat sejak kebelakangan ini," kata sumber.



Sebelum bercerai tahun lalu, Miley dan Liam pernah berpisah dan kembali menjalinkan percintaan yang membawa kepada perkahwinan pada Disember 2018.

Sumber : HollywoodLife