Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Liam Payne Luah Kesukaran Jumpa Anak Disebabkan Lock Down

Asraf Aided
11/01/2021 05:15 MYT
Penyanyi dan juga bekas anggota kumpulan One Direction, Liam Payne berkongsi pengalaman menghadapi kesukaran bertemu anak tunggalnya, Bear Payne ekoran perintah berkurung (lockdown) yang kembali dilaksanakan di United Kingdom.

Memetik laporan Just Jared, Liam perlu menjalani ujian saringan COVID-19 terlebih dahulu setiap kali mahu bertemu anaknya itu.

"Saya ada berjumpa Bear baru-baru ini dan kami gembira meluangkan masa bersama kerana saya tidak bertemu dengannya beberapa minggu sebelum itu.

"Memang sukar berhadapan pandemik ini, saya harus memastikan saya negatif dahulu sebelum bertemu Bear," katanya.

United Kingdom kini di bawah perintah berkurung dan orang ramai dilarang untuk bergaul bebas, namun, ibu bapa yang berpisah dibenarkan untuk berhubung demi kebaikan anak-anak.

Bear yang kini berusia empat tahun merupakan hasil hubungan Liam bersama bekas teman wanitanya, Cheryl Cole.

Difahamkan, Bear kini berada di bawah jagaan ibunya itu.

Sumber : justjared.com
Kredit Foto : Instagram Liam & Cheryl

#Liam Payne #Bear Payne #Lock Down
;