,
Laman Utama

"Lidah Rasa Keras, Muka Kebas" - Eida Moin Ditahan Di Wad, Baru Tahu Ada Penyakit...

Azwa Rahman
07/06/2022
06:42 MYT
Pelawak dan pelakon Ieda Moin telah dimasukkan ke wad akibat tekanan darah tinggi pada Jumaat lalu.
Ketika dihubungi Gempak, Ieda memberitahu sehari sebelum dimasukkan wad, badannya mulai tidak selesa dan kebas di beberapa anggota tubuh lain.
“Hari khamis malam tu saya rasa macam tak selesa dan kebas dekat tangan, muka dan bibir. Bila saya nak gerak je terus rasa kebas.
“Dalam pukul 2 pagi saya nak tidur lepastu susah nak telan air liur. Lidah ni macam keras seperti ditarik dari dalam sampai ganggu pernafasan saya.
“Perasaan berdebar secara tiba-tiba datang dan buat saya makin tak selesa” ujarnya.
Perkara tersebut telah dikongsi sendiri oleh Ieda Moin atau nama aslinya Siti Haida Abdul Moin, 43 menerusi satu gambar yang dimuatnaik di medium instagram miliknya baru-baru ini.
Ieda kemudiannya nekad untuk merujuk kepada pegawai perubatan untuk memeriksa keadaannya lebih terperinci.
“Bila sampai tu terus ke bahagian kecemasan. Kemudian jururawat ambil bacaan darah. Saya terkejut bila bacaan darah saya mencecah 196.
“Jururawat situ terus suruh saya naik kerusi roda dan bawa ke bahagian ‘red zone’ untuk di masukkan ubat.
“Lepas masuk ubat, bacaan darah saya masih tak menurun sampai doktor pakar datang periksa saya lagi dan beritahu yang saya ada penyakit darah tinggi.
“Masa tu saya terkejut sangat dan cuba menidakkan perkara tu, sebab saya amalkan gaya hidup sihat dan jaga pemakanan saya, tapi saya terpaksa terima yang saya ada penyakit tu sebab doktor lebih mengetahui.
“Doktor bagitahu juga mungkin ada faktor lain yang saya terlepas pandang sampai saya kena darah tinggi," tambahnya.
Ieda dinasihati untuk berehat di wad untuk tempoh beberapa hari lagi untuk memantau keadaan sehingga sihat dan stabil.
Dalam pada itu Ieda turut menzahirkan perasaan gembira dan terharu apabila ada dikalangan rakan-rakan artis turut hadir menziarahinya di hospital.
embed
“Saya sangat terharu bila ada rakan-rakan artis yang datang macam Amelina, Nazia Mustafar, Vicha dan beberapa lagi.
“Ada juga yang telefon saya macam Dato Ac Mizal dan pengarah filem untuk tanya keadaan dan kesihatan saya” tambahnya.
Doktor turut menasihatkan Ieda untuk membuat pemeriksaaan lanjutan dan perlu menitik beratkan kesihatannya selepas ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Boleh Pecah Urat Dalam Kepala” - Tekanan Darah Tinggi Mendadak, Jue Aziz Risau Kesihatan Ibu

gempak
25/05/2022
09:30 MYT
Bila tak ada tanda tu yang bahaya.
Laman Utama

“Melampau! Kalau Ya Pun Nak Lariskan Blog, Janganlah Sampai Jadi Fitnah…” – Ieda Moin Terkilan Dituduh Cipta Alasan Elak Vaksin

gempak
12/09/2021
03:35 MYT
Tak baik mengundang fitnah!
Laman Utama

Jumpa Eida Moin, Nadya Syahera 'Lawan' Melatah Di The Maid

gempak
02/02/2021
12:35 MYT
Melatah Dalam The Maid, Nadya Syahera Akui Terlepas!
Hiburan

"Dia Tak Memilih Kawan. Dulu Aku Naik Motor Cabok Je Dia Pelawa Makan Semeja..." - Ajak Shiro Imbas Kenangan

gempak
27/02/2019
02:48 MYT
Anmum