Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lif Bergoyang, Air Berkocak! Iqbal Kongsi Detik Cemas Gempa Bumi - "Saya Satu-Satunya Penginap Di Banguan Hotel Ini"

Asraf Aided
15/01/2022 07:30 MYT
Usahawan yang kini bergelar penyanyi, Iqbal Zulkefli berkongsi pengalaman mencemaskan ketika melalui situasi gempa bumi di Indonesia.

Menurut Iqbal, itu merupakan kali pertama dia merasai gempa bumi dan ia berlaku ketika dia sedang tidur di bangunan hotel yang didiami di negara jiran itu.

"Pengalaman pertama merasai gempa bumi yang baru sahaja berlaku di sini tadi. Tempat yang lebih tepat berlaku di Serang, Banten - 6,7.

"Kencang, gegaran pertama, saya sedang tidur lalu dikejutkan oleh kawan dan pembantu rumah. Saya satu-satunya penginap di bangunan hotel ini. Tiada orang lain yang sewa di sini selain saya.

"Saya di tingkat paling atas, gambar di dinding hampir jatuh, lif bergoyang, air berkocak," kongsinya menerusi Instagram Story.

Tambah bekas pembantu peribadi jutawan kosmetik Datuk Seri Vida itu, semua staf turun menggunakan tangga dan berkumpul di bawah bangunan.

Namun dia turun menggunakan lif dan melihat sendiri gangguan elektrik di dalamnya.

"Semua staf di sini berkumpul di bawah, mereka turun guna tangga sahaja. Saya turun guna lif, lampu lif tertutup dan terbuka setiap detik," coretnya lagi.

Kemudian, gegaran kali kedua berlaku kira-kira selepas setengah jam dan Iqbal cepat-cepat mengajak rakan serta pembantunya turun ke bawah sekali lagi.

Difahamkan keadaan telah kembali seperti biasa pada malam yang sama. Justeru Iqbal berharap agar daerah tersebut diberi keselamatan oleh Allah SWT.







Terdahulu, Iqbal memaklumkan dia berada di Indonesia untuk tempoh yang agak panjang atas tujuan kerja dan mencari ketenangan di luar Malaysia.

Penyanyi lagu Hujan itu juga kerap berkongsi perkembangan dan pelbagai kisah sepanjang berada di sana.
#Indonesia #Gempa Bumi #Hujan #Iqbal #Bangunan Hotel
;