Setelah mengambil 30 tahun untuk meraih gelaran juara Liga Perdana, Liverpool kini menjadi sasaran utama bagi pasukan seperti Manchester City, Manchester United dan Chelsea untuk musim 2020/21, di mana pasukan Jurgen Klopp berjuang untuk mempertahankan takhta mereka.

Musim baru akan bermula pada 12 September 2020 dan dengan Pek Sukan Astro, peminat bola sepak boleh mengalami setiap detik serta drama di Liga Perdana.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro, Euan Smith, kemunculan semula siaran langsung acara sukan seperti Liga Perdana telah membuatkan pihak Astro lebih teruja untuk menyajikan yang terbaik kepada penggemar sukan di Malaysia.

"Peminat sukan, terutamanya peminat bola sepak tegar merupakan penonton yang paling bersemangat. Dengan kemunculan semula siaran langsung acara sukan, Astro amat teruja untuk menyajikan peminat sukan di Malaysia dengan acara sukan terbesar di dunia.

"Tiada liga bola sepak yang lebih besar dan menarik daripada Liga Perdana. Selain memberi liputan paling komprehensif, Astro membawa tontonan bola sepak ke tahap lebih tinggi dengan Ultra Box dan Jalur Lebar yang menawarkan siaran perlawanan secara langsung dalam 4K UHD yang tiada tandingan.

"Kini, pelanggan tidak lagi akan ketinggalan untuk menonton siaran langsung dengan aplikasi Astro GO dan strim program Liga Perdana secara eksklusif secara on demand pada bila-bila masa, di mana sahaja mereka berada," katanya.

Sebagai syarikat penyiaran rasmi Liga Perdana secara eksklusif di Malaysia, Astro membawa peminat bola sepak menyaksikan kesemua 380 perlawanan secara langsung di kaca televisyen dan di aplikasi Astro Go.

Dengan kemunculan semula acara sukan siaran langsung, Astro berbesar hati untuk sekali lagi menyajikan acara global seperti Liga Perdana, La Liga, Ligue 1 dan Serie A, serta acara lain termasuk Formula 1, Moto GP, UFC, NBA dan banyak lagi.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan kesemua acara sukan kegemaran anda hanya di Astro!