#LightItBlue: Astro Zahirkan Sokongan Kepada Frontliners COVID-19

Kamaruddin Razal
April 30, 2020 21:57 MYT
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) menzahirkan solidariti sokongannya terhadap barisan petugas hadapan yang bertungkus lumus menangani krisis COVID-19, dengan melimpahi bangunan ibu pejabatnya dengan cahaya biru, malam tadi.
Memetik laporan Astro Awani, ia sebagai menyahut inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan iaitu #LightItBlue, di mana beberapa bangunan dan mercu tanda ikonik di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan menyalakan lampu biru selama tiga hari bermula 30 April hingga 3 Mei 2020.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata, penyedia perkhidmatan TV satelit dan radio itu komited dalam memainkan peranan dan berganding bahu bersama-sama dengan barisan petugas hadapan untuk menangani penularan wabak COVID-19.
“Astro amat menghormati petugas hadapan di negara ini, atas komitmen berterusan mereka dalam menjaga pesakit COVID-19,” katanya lagi.
Jom kita lihat antara foto menarik di kawasan bangunan Astro Bukit Jalil yang dirakamkan oleh wartawan Astro Awani, Firdaus Azil malam tadi:
Buat pembaca Gempak, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19.
Sumber: Astro Awani
#Astro #LightItBlue